【FULL】Love is Sweet EP03 | 半是蜜糖半是伤 | Bai Lu 白鹿,Luo Yunxi 罗云熙,Gao Hanyu 高瀚宇 | iQIYI

【FULL】Love is Sweet EP03 | 半是蜜糖半是伤 | Bai Lu 白鹿,Luo Yunxi 罗云熙,Gao Hanyu 高瀚宇 | iQIYI

SUBTITLE'S INFO:

Language: Malay

Type: Human

Number of phrases: 796

Number of words: 3452

Number of symbols: 19549

DOWNLOAD SUBTITLES:

DOWNLOAD AUDIO AND VIDEO:

SUBTITLES:

Subtitles prepared by human
00:05
[Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM] Love is Sweet Episod 3 Hai. Awak nak pergi temu duga dengan pakaian ini? Tiada kaitan dengan awak. Saya ingat bahawa saya pernah perkenalkan satu kerja yang gaji tahunannya 300 ribu yuan kepada awak. Memang ada banyak syarikat nak rebut orang yang disingkirkan dalam pusingan terakhir temu duga Syarikat Sekuriti MH. Perbankan pelaburan sangat zalim, tak sesuai untuk awak. Jangan cakap dengan terlalu yakin, awak akan menyesal kerana “muka ditampar” sekejap lagi. Mengapa pula saya ada firasat yang tak baik? Hai, saya pekerja baru yang datang buat prosedur kemasukan, Jiang Jun. Hai, sila ke sini. Sila duduk. Bukankan Jiang Jun dah disingkirkan dalam temu duga pusingan lepas? Bank Rakyat China telah menyepadukan bon khas kerajaan tempatan dalam sistem pembiayaan agregat untuk ekonomi. Untuk bon khas kerajaan tempatan, statistik akan direkodkan mengikut tarikh pendaftaran pemegang amanah dan liabiliti pada pusat simpanan sekuriti. Inilah laporan daripada saya. Tahukah awak, apa prestasi terbaik awak? Semangat awak.
03:54
Semangat awak adalah terbaik antara semua pekerja syarikat. Semangat saya? Awak tak tahu ke? Kalau seseorang yang bekerja di Syarikat MH mempunyai masa tidur yang cukup, cergas, bertenaga dan bersemangat, maksudkan dia langsung tak menaruhkan semua tenaga dan tumpuannya dalam kerja. Pusingan Pelaburan Siri C Syarikat Perhubungan Awam Lanxing langsung tiada respons, tapi, awak tak tahu apa masalahnya. Bidang ini sudah masuk ke peringkat kemerosotan, pelabur modal sedang memerhatikannya, itu sebab pelaburan tak dapat berjalan dengan lancar. Awak yang mula merosot. Balik tandatangani laporan letak jawatan dan hantarnya ke pejabat saya pada petang nanti. Tuan Yuan, bolehkah beri saya sekali peluang lagi? Peluang adalah untuk orang yang dah bersedia. Maaf, awak tiada peluang lagi. Tuan Yuan, saya akan berkahwin pada minggu depan. Kalau saya letak jawatan sekarang, bagaimana saya nak beritahu mereka? Awak cakaplah, ini membolehkan awak fokus pada perkahwinan awak. Keluar. Tuan Yuan. Keluar! Syarikat MH ialah jabatan perbankan pelaburan yang terbaik dalam pembrokeran Shanghai. Memandangkan kamu berdiri di atas puncak piramid, kamu perlu sentiasa bersedia bahawa kamu akan digantikan oleh orang lain. Jadi, efisien adalah paling penting di Syarikat MH. Hari ini, ada empat pekerja baru yang berjaya dalam satu peratus temu duga Syarikat MH dan akan mula bekerja secara rasmi. Saya akan perkenalkan mereka kepada kamu secara rasmi. Sila masuk. Kamu akan melalui tempoh percubaan selama tiga bulan di Syarikat MH, saya yang akan menilai kamu dalam tempoh ini.
05:46
Seluruh Syarikat MH bergantung pada satu siri mod arahan untuk selesaikan kerja. Arahan ialah seperti kod sumber kamu, selepas kod dimasukkan, kamu akan beroperasi dengan laju sehingga selesai. Ini ialah pejabat Tuan Fan Qichang, jangan dekati sini kalau tiada apa-apa urusan. Ini ialah pejabat Tuan Ma, dia memberikan perhatian yang teliti kepada perincian. Jadi, sesiapa yang diagihkan ke kumpulannya, kamu perlu berhati-hati. Ini ialah bilik percetakan, ini ialah bilik maklumat. Ini ialah pejabat saya. Itu ialah pejabat Tuan Yuan. Rasanya, kamu pernah dengar nama Tuan Yuan, iaitu pahlawan tiada tandingan dalam Syarikat MH. Asalkan dia bertindak, tiada kes yang tak dapat diuruskan olehnya. Saya tak suka orang lain pakai baju yang sama warna dengan saya, jaga-jaga masa kelak. Saya dah habis buat pengenalan. Ada apa-apa soalan? Tak ada. Pahlawan tiada tandingan, saya nak tengok siapa yang dapat tewaskan awak. Yuan Shuai, saya dah dapat berita, Tuan Lin Taimo yang mengesyorkan Jiang Jun. Lin Taimo? [Tandatangan penjamin: Lin Taimo] Awak keluar dulu. Memandangkan awak dah datang, saya nak biar awak tengok kezaliman perbankan pelaburan dan tarik diri dengan rela hati. Ada orang memang mempunyai latar belakang yang hebat, dapat sokongan pengurus untuk mengubah keputusan temu duga.
07:29
Kalau macam tu, usahlah berpura-pura datang ke temu duga. Terus masuk ke syarikat gunakan hubungan dengan terang-terang. Dia telah bergantung pada azam kuasa dan merosakkan keadilan Syarikat MH. Kita memang tak patut bergaul dengan orang macam ni. Saya rasa Mozi akan rasa marah selepas dengar perkara ni. Apakah latar belakang Jiang Jun? Dia telah dapat sokongan daripada pengurus. Kita harus berpakat untuk menyendirikan Jiang Jun. Kenapa? Dia bergantung pada azam kuasa untuk masuk Syarikat MH, dia telah merosakkan keadilan. Betul juga. Nah, beri awak. Terima kasih. Kenapa? Adakah awak nak cakap sesuatu kepada saya? Kadangkala, tindakan lebih berguna daripada penjelasan. Jadi, awak tak perlu terlalu ambil kisah terhadap kata-kata mereka. Terima kasih. Tapi, kenapa awak cakap begitu terhadap saya? Maksud saya, orang lain lebih suka percaya akan apa yang mereka ingin percaya. Kenapa awak sudi percaya akan saya? Saya bukan percaya, cuma tak nak ikut cakap orang dengan membuta-tuli. Jiang Jun, Tuan Yuan suruh awak pergi ke pejabatnya. Baiklah. Bagaimanapun, terima kasih kerana bercakap begitu dengan saya. Sila masuk. Ada apa... Jangan ingat awak boleh berada di Syarikat MH dengan selamat kerana ada Lin Taimo sebagai penunjang awak. Asalkan seseorang itu tiada kemampuan, saya ada cara untuk menghalau dia. Ini ialah maklumat Syarikat Farmasi Kelang, awak tulis satu laporan usaha wajar
10:07
dan hantar kepada saya secepat mungkin. Jangan biar saya mendesak awak. Kalau ada apa-apa yang tak faham, awak boleh tanya Su Chang. Syarikat Farmasi Kelang ialah syarikat bintang yang semakin meningkat dalam industri pembuatan perubatan baru-baru ini. Rasanya mereka kini dianggap sebagai syarikat yang paling cerah untuk melancarkan IPO. Ingat, pekerja yang melakukan tiga kali kesilapan dalam tempoh percubaan akan dianggap sebagai tak lulus. Laporan yang ada masalah atau tak dapat disiapkan juga dianggap sebagai satu kesilapan. Saya akan menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa saya tidak bergantung pada orang lain untuk masuk ke Syarikat MH. Demi memalukan awak sekali lagi, saya akan cuba sedaya upaya. Awak perlu tahu bahawa daya adalah saling bergantung, semasa muka sakit, tangan awak juga akan sakit. Kenapa awak tak beri dia satu peluang lagi? Lu Yuan dah hampir nak kahwin. Berhenti kerja ialah kesudahan buat kesilapan. Berkahwin ialah permulaan bagi pasangan untuk menghadapi masalah bersama-sama. Kedua-dua hal ini tiada sebarang hubungan. Saya rasa awak tidak bertimbang rasa. Ini bukan urusan awak, awak harus jadikan ini sebagai pengajaran. Awak telah menyingkirkan saya semasa temu duga, tapi saya berada di Syarikat MH sekali lagi. Awak boleh terus beritahu fikiran awak kepada saya. Saya dengan awak seperti semut dengan roda kereta. Awak merayap dengan lambat, saya berguling ke hadapan. Bagus, saya harap awak berpegang janji.
11:43
Habiskan laporan usaha wajar dengan secepat mungkin, jangan biar saya mendesak awak. Baik, Encik Roda, saya akan cuba sedaya upaya. Cik Semut, saya berfirasat bahawa awak tak dapat tinggal di Syarikat MH melebihi dua minggu. Hargailah pengalaman awak di sana. Awak masih nak menghalau saya dari Syarikat MH. Taksiran saya sangat tepat, awak mungkin tak dapat tinggal di sini selama dua minggu dengan status awak sekarang. Tengoklah nanti. Saya rasa saya seperti bom tangan sekarang, status saya meletup. Betapa kerasnya batu sandungan itu pun tak dapat halang saya. Tahu tak, kata-kata awak ini sangat kelakar? Jadikan perkataan itu kepada lagu dan nangis sambil nyanyi kepada saya selepas dua minggu. Jangan bermimpi, Encik Roda, moga-moga awak pancit! Jun, saya nak berkongsi satu berita baik dengan awak. Saya dah dapat satu kerja yang sangat memuaskan. Li memang pandai, senang saja untuk dapat kerja. Oh, macam mana awak rasa pada hari pertama bekerja? Perlu buat banyak kerja penghitungan data. Sebab saya baru datang, saya perlu kaji banyak maklumat projek. Data baris ni ada masalah. Sini, sini. Sini, sini. Semuanya salah. Awak akan dipecat kalau buat laporan macam ni. Tulis sekali lagi dan hantar ke pejabat saya. Beli segelas Americano untuk saya,
13:41
tak mahu ais. Saya? Ada orang lain di sini kecuali awak? Saya ialah orang baru, saya harus laksanakan tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan bertanggungjawab. Kedai kita ialah kedai serbaneka yang dibuka selama 24 jam. Jadi, tugasan kami terbahagi kepada tiga syif. Tugas utama awak adalah bertugas sebagai juruwang. Tapi, kita kekurangan pekerja sekarang. Jadi, awak perlu periksa stok barang, boleh tak? Baik. Baik. Jadi, saya akan ajar awak guna sistem kira wang ini. Kalau ada pelanggan beli sekotak coklat, atasnya ada kod bar. Awak hanya perlu mengimbas kod bar ini. Mesin ni akan tunjukkan harganya. Kemudian, kita perlu tanya pelanggan bahawa mereka nak bayar dengan Alipay, WeChat atau wang tunai. Lepas tu, kita... Pengurus, stok dah sampai. Stok yang ditempah dah sampai, saya pergi uruskannya dulu. Baik. - Awak kaji dulu, okey? - Baik. Baik. Pergi ke depan. Senang saja. Mi segera tak disusun bersama “pasangannya”, susunan warna juga sangat pelik. Dah siap. Hai, selamat datang. Hai, selamat... Selamat datang. Saya nak bayar. Hai. Dah siap? Kenapa begitu lama? Minta maaf. Betul, boleh tak cepat sikit? - Minta maaf. - Saya kejar masa. Hari ini ialah hari pertama saya bekerja, sistem ini ada masalah. Tunggu sekejap. Terima kasih. Hai. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Encik, apa yang awak mahu? Saya datang untuk melayari Internet, ini ialah bayaran untuknya.
17:47
[Crystal Palace Arts Bookstore] Jun, adakah awak dah sampai rumah? Belum, saya mungkin akan balik lewat hari ini. Sebab, saya masih sedang cari maklumat di perpustakaan. Saya mungkin akan cari maklumat sepanjang malam. Jun yang kesian, saya juga sedang bekerja lebih masa. Tapi, saya rasa kerja lebih masa sangat baik, matahari senja hari ni sangat cantik. Adakah kedai serbaneka sekarang perlu mengupah model terkenal untuk jadi jurucakap? Saya datang untuk jadi jurujual. Kan awak nak mengejar impian sendiri? Saya rasa kawasan sini sangat baik. Saya beri awak peluang untuk cakap dengan jujur. Baiklah. Sebenarnya, saya nampak seorang lelaki kacak di kedai serbaneka ini. Dia memenuhi syarat imej hero saya. Lagipun, dia ialah pelanggan tetap kedai serbaneka ni. Sebenarnya, saya ingin memerhatikan sumber ilham saya secara dekat supaya kandungan novel saya lebih aktual. Semoga awak boleh berjaya secepat mungkin. Terima kasih, Jun. Saya akan berusaha. Awak juga perlu berusaha. Hari yang cergas, usaha lagi! Walaupun ada banyak masalah, hari ini tetap perlu cergas, oh yeah! [Jiang Jun: Walaupun ada banyak masalah, hari ini tetap perlu cergas, oh yeah!] Saya nak secawan latte. Baik, sila tunggu sekejap. Kebetulannya. Encik Du, kenapa awak di sini?
20:54
Saya ada janji temu dengan kawan, tapi dia telah lewat. Mengapa awak di sini? Saya datang untuk cari maklumat. Oh, saya dapat bekerja di Syarikat MH sebab bantuan daripada awak semasa di Perpustakaan Huiwang. Saya belum berterima kasih kepada awak. Sama-sama, naik basuh kaki saja, saya tak buat apa-apa pun. Awak yang sangat rajin walaupun baru bekerja. Rasanya, pihak atasan awak sangat leceh. Bukan saja leceh, dia tu iblis. Kerja awak sangat susah, dia mesti mempunyai harapan yang tinggi terhadap awak. Cik Semut, saya berfirasat bahawa awak tak dapat tinggal di Syarikat MH melebihi dua minggu. Memang tinggi. Latte awak dah siap. Terima kasih. Boleh tak belanja saya minum secawan kopi? Boleh. Imbas sini? Tengok, laporan usaha wajar awak hanya mementingkan statistik dalaman syarikat. Laporan ni kekurangan maklumat mengenai pelaburan asing syarikat, termasuk jumlah pelaburan, nisbah pelaburan, sifat pelaburan, pulangan pelaburan dan sebagainya. Paling penting ialah pengenalan tentang syarikat pelaburan. Sekarang, minda saya tiba-tiba buka selepas dengar kata-kata awak. Tapi, Encik Du, mengapa awak memahami perbankan pelaburan? Di syarikat apa awak bekerja? Saya ialah pensyarah perbankan pelaburan. Sayangnya awak ada temu janji yang lain. Kalau tidak, saya mesti belanja awak makan. Dah dua kali awak membantu saya. Helo. Baik, saya keluar sekarang. Saya tak nak ganggu awak lagi. Saya pergi dulu. Hari ini, kebetulan saya ada hal sendiri.
23:03
Harap kita ada peluang untuk makan bersama lain kali. Jangan basahkan laporan yang baru siap. Bagaimana dengan awak? Kawan saya datang jemput saya. Baiklah. Saya akan pulangkan payung ini lain kali. Saya pergi dulu. Berhati-hati. Sungguh terasyik ya. Apa kata saya makan sendiri? Saya sudah lapar. Jom. Awak tolong dia untuk berjumpa dengan Lin Taimo? Saya tak beritahu awak awal-awal kerana ada pertimbangan sendiri. Jangan lupa, awak anak murid saya. Awak tak dapat menipu saya dalam apa-apa hal. Awak pernah cakap. Saya akan menang semula. Nampaknya awak sudah fikirkan cara untuk memenangi Yuan Shuai. Bertanding dengan terancang dan bijak. Biar dia menang dulu. Dia akan hilang segala-galanya apabila saya menewaskan dia nanti. Saya sangat suka semangat awak sekarang. Tolong kemaskinikan maklumat yang kamu ada. Itu saja, bersurai. Terima kasih, Tuan Yuan. Terima kasih, Tuan Yuan. Jiang Jun, tunggu sebentar. Saya sudah baca laporan usaha wajar terhadap Syarikat Farmasi Kelang yang awak tulis. Apakah matlamat utama untuk membuat penyiasatan? Kita membuat penyiasatan untuk mengetahui kisah sebenar, bukan membuat pemindahan maklumat saja. Di manakah kisah sebenar awak? Jiang Jun, tolong ingat. Kisah sebenar seumpama seorang pengembara. Bukan. Saya tak faham apa yang awak nak sampaikan. Kewujudan palsu selalunya
26:08
nampak kemas dan anggun seperti seorang putera. Bagaimana dengan kisah sebenar? Kisah sebenar selalunya berada di penjuru yang paling kotor, tak adil dan tidak menonjol. Dipenuhi kemarahan dan kedengkian. Awak rasa tiada kisah sebenar dalam laporan saya? Pengurus Syarikat Farmasi Kelang pernah disyaki memindahkan aset syarikat. Orang yang ingin mendedahkan perkara ini pula dipecat. Dah tahu apa yang awak patut buat? Maksud awak, saya perlu mencari orang ini. Minta semua fail personel dari Syarikat Farmasi Kelang dan cari pekerja yang dipecat itu. Tulis semula laporan awak selepas mengetahui kisah sebenar. Baik. Saya ingatkan awak. Awak gagal dalam tugas pertama. Saya sudah cakap. Tolong letak jawatan jika gagal sebanyak tiga kali. Kenapa menjegilkan mata ke arah saya? Tak guna awak berbuat demikian. Janganlah cemas. Awak ada dua peluang lagi. Helo. Helo. Saya Jiang Jun, penganalisis saham dari Jabatan Perbankan Pelaburan Syarikat MH. Saya ada temu janji dengan Tuan Deng hari ini. Maaf. Tuan Deng bermain golf dengan kawannya hari ini. Main golf? Bolehkah awak beri saya alamat? Saya pernah buat temu janji sebelum ini. Tunggu sebentar. Padang golf di Jalan Dong Dabei. Baik, terima kasih. Jiang Jun membuat permohonan kepada Jabatan Undang-undang untuk menghantar surat sah kepada Syarikat Farmasi Kelang
28:07
supaya mereka menyerahkan fail personel secepat mungkin. Kemudian? Jabatan Undang-undang menolak permohonannya. Tapi, Jiang Jun sudah ada idea baru. Menurut pemerhatian saya, Jiang Jun nampak normal dan keazamannya tetap gigih. Dia tak pernah berputus asa walaupun menghadapi penindasan kuasa. Siapa yang menindas dia dengan kuasa? Saya... Kerja yang awak serahkan kepada Jiang Jun agak susah. Setiap pekerja baru yang masuk ke Syarikat MH perlu melalui ujian. Jiang Jun juga tak boleh dikecualikan. Helo, Tuan Deng. [Deng Ke, Pengerusi Syarikat Farmasi Kelang] Helo. Siapakah awak? Saya Jiang Jun, penganalisis saham Syarikat MH. Saya datang sini sebab ada hal penting. Tiada orang lain di Syarikat MH ke? Kenapa hantar seorang penganalisis saham datang berbincang dengan saya? Kenapa? Penganalisis saham di Syarikat MH suka menjadi kedi? Baliklah. Bagi saya, cara bodoh ini langsung tak berguna. Tuan Deng, pada pendapat saya, mengutip bola bukan cara bodoh, tapi satu industri yang dapat membina kekayaan. Terdapat beribu-ribu bola golf yang gagal masuk ke lubang di padang golf ini juga tak dapat dikutip balik. Kalau kita mengitar semula bola-bola ini kepada kilang, dan menapis bola yang berbeza jenama dan kualiti melalui mesin pengasingan, kemudian membungkus semula bola-bola dengan harga separuh... Kes perdagangan sebegini
30:01
sudah pernah dilakukan oleh orang lain. Awak usah bazirkan masa untuk memberitahu saya semua ini. Syarikat Farmasi Kelang ialah pelanggan Syarikat MH. Awak berbelanja, kami pula bertanggungjawab untuk mencari wang untuk awak. Memandangkan awak enggan layan saya dan saya takkan beredar tanpa berunding dengan awak, saya terpaksa merebut peluang ini untuk melaksanakan tugas saya. Baik. Nama awak Jiang... Jiang Jun. Jiang Jun. Cakaplah, apa hal? Syarikat kami ingin dapatkan segala fail personel Syarikat Farmasi Kelang, tapi orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini tak memberi kerjasama. Saya tahu. Kami rasa, fail personel yang kamu minta itu tak dapat membantu dalam laporan usaha wajar kamu. Awak tidak sengaja menyentuh pinggir tepi kep ketika saya sebut fail personel. Dari perspektif psikologi, awak sangat cemas terhadap hal ini. Tak sangka awak ada daya imaginasi yang baik selain daripada pandai mengutip bola. Kami yang menentukan sama ada fail personel itu bernilai atau tidak. Kami akan syaki bahawa ia ada maklumat sensitif kalau awak enggan membekalkannya. Kamu yang tak pasal-pasal meragui sesuatu yang kamu tak faham. Saya rasa, logik awak yang bermasalah. Kami tak dapat menyelesaikan usaha wajar kalau tak dapat fail personel. Maksudnya, penggabungan dan pengambilalihan akan ditangguhkan. Biasalah peringkat penggabungan dan pengambilalihan ditangguhkan. Penangguhan akan menyebabkan ketidaktentuan.
31:28
Pasti lembaga pengarah Syarikat Farmasi Kelang akan mempersoalkan kebolehan awak dalam usaha penggabungan dan pengambilalihan. Setahu saya, bekas isteri awak memegang dua puluh peratus saham yang boleh menentukan keputusan. Dia mungkin akan menjual saham tersebut kalau penggabungan dan pengambilalihan ditangguhkan. Berdasarkan Perjanjian VAM, saham keutamaan dalam tangan awak akan ditukarkan kepada saham biasa. Baik. Saya boleh memenuhi permintaan kamu memandangkan kamu nak cangkul angin. Saya akan memberikan arahan untuk serahkan fail personel kepada awak. Awak boleh mengambilnya di Jabatan Sumber Manusia syarikat saya. Awak akan tahu permintaan kamu sangat bodoh. Terima kasih atas kerjasama awak. Saya pergi dulu. Tunggu sebentar. Awak mesti tahu peraturan padang golf sebelum jadi seorang kedi. Jiang Jun. Awak perlu kutip beberapa bola lagi untuk menewaskan saya. Tuan Deng sudah pesan kepada saya. Arkib Jabatan Sumber Manusia syarikat kami di depan. Seorang rakan sekerja syarikat kamu juga datang sini tadi. Dia sudah berada di dalam. Betul ke? Mari kita pergi sekarang. Baik. Sini ialah arkib Jabatan Sumber Manusia syarikat kami. Kenapa awak di sini? Khabarnya, awak datang ke Syarikat Farmasi Kelang berseorangan. Saya datang untuk membantu awak. Baik. Kamu semak dulu. Saya akan serahkan kad akses kepada awak. Kamu boleh datang jumpa saya kalau ada apa-apa masalah. Terima kasih. Sama-sama. Banyaknya. Ini sangat biasa
33:29
bagi syarikat pengeluaran. Ini adalah sebahagian saja. Situ ada lagi. Marilah. Marilah. [Sampul dokumen] Apa yang berlaku? Yuan Shuai, awak sudah datang. Cepatlah bantu saya. Mata saya sudah kabur. Saya pergi tandas dulu. Pergi... Pergilah. Jangan pijak! Saya baru kemas maklumat ini tadi. Kecut hati saya! Awak yang kemas ini? Dangkal. Saya sudah mengingat maklumat ini dalam otak walaupun semua ini bersepah-sepah. Semua ini pekerja yang membayar insurans sosial selama tiga tahun. Ini pula pekerja yang sudah berhenti setahun. Ini pekerja yang baru masuk bekerja sebulan. Ini? Ini pekerja yang bekerja selama dua bulan. Letak sini. Ada apa-apa hasil? Saya memeriksa rekod gaji dengan maklumat peletakan jawatan. Saya mendapati bahawa kurang satu fail pekerja yang dah letak jawatan. Pasti Syarikat Farmasi Kelang yang sengaja menyembunyikannya. Pasti saya dapat mencari orang tersebut sebab ada rekod insurans sosial di sini. Pastikan awak dapat mencungkil maklumat. Belum habis kerja? Ada sikit lagi. Saya akan balik sekejap lagi. Kamu bekerja keras. Taklah setanding kamu. Tengoklah ini. Yuan Shuai. Dahi awak berkerut. Setiap kejayaan bergantung pada titik peluh kita. Saya dah cakap. Demi wajah awak, awak harus pertimbangkan kata-kata saya semasa dalam temu duga. Perbankan pelaburan tidak sesuai untuk awak. Rabun jauh awak sudah serius selepas sepuluh tahun tak berjumpa. Siapakah yang ada rabun jauh? Adakah muka saya
35:51
berkerut? Apakah yang berlaku? Bekalan elektrik terputus. Tuan Deng, perkara sudah selesai. Kenapa? Adakah awak risau kerana kita berdua berada dalam bilik yang sama? Jangan risau, biarkan saya cari jalan. Wajah sesetengah orang nampak macam pekerja elit, tapi, tak sangka tak boleh diharapkan. Sungguh ironis. Yuan Shuai, kenapa? Kami terkurung di sini. Jangan cemas, saya pergi cari orang. Cepat pergi. Ada orang di luar tak? Ada orang terkurung sini. Jangan jerit lagi, takkan ada orang datang biarpun awak jerit kuat-kuat. Saya dapati awak berseronok di sini. Taklah. Namun, saya tengok ada sesetengah orang tak sabar nak pergi, tapi tak dapat buat apa-apa. Saya rasa seronok berada di sini. Dengar sini, kita berdua bagai anjing dengan kucing. Saya baik sepanjang hari sebelum awak datang. Sebaik awak datang, bekalan elektrik terputus. Kalau tak silap saya, dalam bilik ini, patutnya ada suis sandaran. Ini pun boleh teka? Awak cuba fikir. Dalam bilik ini, terdapat banyak maklumat yang penting. Sebelah ialah bilik kewangan dan bilik penyelidikan. Berbanding dengan dua bilik yang lebih sulit itu. Kemungkinan suis sandaran berada di bilik ini lebih tinggi. Carilah. Malang betul, bagai antan patah, lesung hilang.
38:56
Terkurung dengan iblis ini dan datang haid pada masa yang sama. Saya dah jumpa, di situ. Mari sini, saya dukung awak ke atas, awak buka suis. Tak mahu. Lelaki dan wanita tak boleh rapat sangat. Cik Jiang. Adakah awak berasal dari masyarakat feudal? Atau dalam hati awak berharap dapat berkongsi malam yang indah bersama saya? Tak tahu malu! Kenapa dengan awak? Tak apa-apa. Saya sakit perut sebab tak makan tengah hari. Biar saya tolong. Saya tunggu awak di dalam kereta. Tidak apa-apa. Jangan gerak. Adakah awak masih tak erti ikat tali kasut? Siapa cakap saya tak erti? Sudah banyak kali saya ajar awak. Ikat simpul sentak dulu, dua tangan bersilang, tarik dari tengah-tengah. Senang saja. Kaki itu. Bukan. Saya ajar awak sekali lagi. Ikat simpul sentak dulu, kemudian bersilang dua tangan, tarik dari tengah-tengah. Sudah siap. Adakah awak faham? Oh ya. Melindungi awak adalah tugas saya, tapi akan mengenakan bayaran tambahan. Tapi, awak pinjam coklat daripada saya sebelum ini dan belum pulangkannya. Coklat bukan apa-apa. Ikat tali kasut ialah perkara yang rumit, coklat tak cukup untuk membayar upahnya. Begini, awak panggil saya Abang Yuan. Jadi, langsailah hutang kita. Abang Yuan.
42:29
Okey. Ayuh, dah lewat ni. Cepat. Tunggu saya. Sudah siap. Dah tahu caranya?

DOWNLOAD SUBTITLES: