How Facebook is Stealing Billions of Views

How Facebook is Stealing Billions of Views

SUBTITLE'S INFO:

Language: Malay

Type: Human

Number of phrases: 66

Number of words: 771

Number of symbols: 4850

DOWNLOAD SUBTITLES:

DOWNLOAD AUDIO AND VIDEO:

SUBTITLES:

Subtitles prepared by human
00:00
Beberapa hari lalu, Facebook mengumumkan bahawa mereka mencapai lapan bilion penonton sehari Ini sangatlah hebat, sehingga anda sedar, pada suku pertama 2015, 725 daripada seribu video paling banyak ditonton di Facebook sebenarnya dicuri, dengan jumlah 17 bilion tontonan. Laman dan pengumpul-pengumpul mencuri dari YouTube untuk dijadikan viral di Facebook Video-video ini menjadi viral kerana Facebook menipu. Mereka menulis algoritmanya supaya video yang dimuat naik diutamakan untuk pautan YouTube Ini kerana pengguna patut kekal di situ selama mana yang boleh supaya Facebook boleh menyiarkan sebanyak mana iklan yang boleh. Lagipun, ini adalah cara perniagaannya. Namun, mereka juga menipu dalam tontonan. Satu tontonan dikira selepas tiga saat walaupun bunyinya disenyapkan. Maknanya, kerana penyiaran auto, jika anda tatal ke bawah 'timeline' anda dengan cukup perlahan, anda dikira sebagai penonton Yang bermakna, sangatlah teruk Jika dibandingkan dengan tontonan YouTube, tontonan Facebook berkembang setelah beberapa saat kerana kebanyakan angka ialah bukan sebenar
01:02
Tetapi angka yang besar ini sangatlah mengagumkan, jadi Facebook asyik berpura-pura Sementara keviralan yang dipaksa ini pelik, masalah sebenar ini dipanggil 'Freebooting', kecurian video-video ini Oleh sebab Facebook mementingkan penontonnya sendiri, video yang dicuri ditonton lebih ramai orang daripada asalnya Sejak kebelakangan ini, perkara ini telah berlaku kepada kita, semakin lama semakin kerap Contoh yang terbaharu, ia mengumpul sebanyak 3.2 juta tontonan dan dikongsi sebanyak 140 ribu dalam dua hari Sementara 'post' kita mencapai 100 ribu orang dan dikongsi sebanyak 1000 kali Pencipta yang lain mencapai dengan kadar yang lebih tinggi lagi Video-video daripada Smarteveryday kerap dicuri dan ditonton sehingga 17 juta kali Contohnya, seperti Tyrese Gibson, seorang penyanyi yang mencuri video viral seperti ini, dengan 86 juta tontonan dalam 'page' miliknya Dia juga meletakkan 'pautan untuk belian lagunya Dia tidak keseorangan di sini Sekumpulan manusia membina kehadiran mereka dengan mencuri karya orang lain Ini sangatlah buruk untuk karyawan bebas Berlawanan dengan kepercayaan yang popular Karya yang dicuri menyebabkan tiada pendedahan kepada karyawan
02:04
Hanya pencuri dan Facebook yang untung Karya yang berkualiti mengambil banyak masa, kreativiti dan cinta Dalam kes ini, sebuah video mengambil masa sebanyak beratus-ratus jam untuk dihasilkan Kami juga, dengan pelanggan sebanyak sejuta orang, bergantung dengan iklan dan pendedahan Tanpa iklan, dan sokongan Patreon yang pemurah, kami tidak mampu membuat video-video. Untuk karyawan kecil, sebuah video viral boleh bermaksud antara pekerjaan ataupun hobi Dalam YouTube ini, jenayah seperti ini bukanlah satu masalah kerana mempunyai perlindungan yang melindungi hasil karya daripada dicuri Walaupun sistem ID karya terlalu jauh daripada sempurna, terutamanya untuk pengkritik filem dan pemain permainan Facebook, dalam erti kata lainnya, berpura-pura merasakan semuanya adalah baik, dan secara malarnya, mengumumkan dengan lantang selepas itu Tetapi ini tidak bagus. Mari kita lihat proses penuntutan hak cipta anda dalam Facebook pada tahun lepas 1. Dapatkan e-mel atau 'tweet' daripada seorang peminat yang meberi pautan terus ke video anda Ini terlalu mustahil untuk mencari video-video anda dalam Facebook sendirian, anda bergantung kepada tuah untuk mencari video anda yang dicuri
03:05
2. Cari "Facebook copyright infringement" dalam Google kerana lebih pantas 3. Isi borang untuk hubungan yang panjang dan menjengkelkan 4. Lihat tontonan video anda yang dicuri yang meningkat 5. Akhirnya, Facebook menarik balik video itu Dengan mudahnya, video itu mengumpulkan 99% tontonan yang akan dapat Pencuri tersebut tidak perlu takut langsung dengan kesan negatif Inilah yang karyawan perlu hadapi dengan berterusan dan selain daripada kehilangan pendedahan dan wang, rasanya seperti satu 'pencabulan' untuk dilayan seperti itu Dalam kenyataan terbaharu, Facebook mengumumkan yang mereka ingin berubah Tetapi ini terlalu sukar untuk dipercayai dengan serius apabila ianya masih mengambil berhari-hari untuk ditarik balik dan Facebook tidak berkongsi keuntungan yang dihasilkan daripada itu Ketika ini, Facebook bukanlah rakan kongsi untuk maju ke hadapan Mereka membina empayar video yang telah dicuri dan tidak mengambil kira tentang karyawan sebenar Ini semestinya tidak boleh diterima untuk syarikat yang bernilai berbilion-bilion dollar Facebook kini telah mencuba pelbagai model pengewangan yang akan memberikan pemuat naik satu potongan hasil iklan
04:11
Yang mana, dengan keadaan sekarang, menyusahkan Sekarang, ini hanya diuji dengan syarikat media gergasi, tetapi sebagai karyawan, kami tidak merasakan yang kami dipinta atau diambil kira oleh si gergasi Facebook Sebagai penonton, apakah yang anda boleh bantu? Jika anda terjumpa karya yang dicuri dalam FB, buat satu komen yang menghubungkan dengan karya asal Ingatkan karyawan asal, kerana hanya mereka yang boleh memfailkan laporan hak cipta Kongsi video ini ataupun yang dibuat oleh Smartereveryday Kami mahukan perkara yang sama, internet percuma berdasarkan kreativiti, komuniti dan perkara hebat Dengan ikhlasnya, kami harap agar Facebook boleh menjadi rakan kongsi daripada penghalang untuk mencapainya Untuk maklumat yang lanjut, kami cadangkan artikel Encik Hank Green Dan jika ingin menyokong kami untuk meneruskan 'kehidupan' dalam dunia video atas talian, atau membuat lebih banyak video Anda boleh berbuat demikian di Patreon.com

DOWNLOAD SUBTITLES: