The Vanishing of Flight 370

The Vanishing of Flight 370

SUBTITLE'S INFO:

Language: Malay

Type: Human

Number of phrases: 294

Number of words: 3072

Number of symbols: 19767

DOWNLOAD SUBTITLES:

DOWNLOAD AUDIO AND VIDEO:

SUBTITLES:

Subtitles prepared by human
00:34
Di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, sebuah pesawat 777 sedang bersedia untuk berlepas. Penerbangan Malaysia Airlines 370 adalah penerbangan harian komersial antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Beijing, China. Empat puluh dua minit lewat tengah malam, Penerbangan 370 diberi kebenaran untuk berlepas. Terdapat di atas kapal itu adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah, Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid Sepuluh krew kabin, dan 227 penumpang Kurang dari sejam ke dalam penerbangan, pesawat itu melintasi Laut China Selatan pada ketinggian 35,000 kaki. Langit malam jernih dan cuaca ketika itu tenang Penerbangan 370 kemudian diarahkan untuk menandakan kawalan lalu lintas udara di Ho Chi Minh, Vietnam kerana ia akan memasuki ruang udara Vietnam. Pengawal penerbangan di Kuala Lumpur mengatakan selamat malam tanpa sebarang tanda musibah Satu minit dan empat puluh tiga saat kemudian, pesawat tiba-tiba hilang dari skrin radar di Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, dan Bangkok.
02:38
Kedudukan bentuk ini bergantung pada isyarat yang dipancarkan oleh salah satu daripada dua transponder (signal radio) di atas pesawat, dan dengan itu kehilangannya signal itu, ia mencadangkan kedua transponder berhenti berfungsi, ataupun sistem itu ditutup secara manual oleh seseorang yang berada di atas kapal Semua percubaan berikutnya untuk menghubungi dan memastikan kedudukan Penerbangan 370 tidak berjaya. Pesawat itu kelihatan hilang tanpa jejak. Selepas lewat waktu yang dijadualkan untuk tiba di Beijing kira-kira empat jam kemudian, Penerbangan 370 secara rasmi diisytiharkan hilang, dan selepas pengumuman itu, usaha pencarian yang paling mahal dalam sejarah penerbangan akan bermula. Carian pada mulanya tertumpu di sekitar lokasi kehilangan penerbangan antara Laut China Selatan dan Teluk Thailand. Namun, kawasan pencarian tidak lama lagi berkembang setelah maklumat tambahan dikeluarkan oleh ketenteraan Malaysia Tidak seperti sistem radar yang digunakan oleh Kawalan Trafik Udara, radar tentera jarak jauh tidak bergantung pada transponder tetapi menggunakan refleksi untuk mengesan kedudukan sasaran udara.
03:52
Kajian semula data yang dikumpul oleh tentera Malaysia mendedahkan detik-detik selepas pertemuan bahawa Penerbangan 370 telah hilang, kapal terbang tersebut telah menyimpang dari laluan penerbangan yang dijadualkan dengan tolehan sedikit ke kanan diikuti dengan penerbangan kekiri yang lama. Pesawat itu kemudiannya terbang ke arah dan merentasi Semenanjung Malaysia sebelum berpaling ke arah kanan berdekatan Pulau Pinang. Ia mengekalkan penerbangan ke arah utara ini sehingga ia terlepas dari liputan radar Untuk hari-hari yang berikutnya, Selat Melaka, Laut Andaman, dan Teluk Bengal telah dipelusuki oleh pesawat dan kapal multinasional seluruh dunia, tetapi tidak ada kesan Penerbangan 370. Sementara itu, penyiasat mula menganalisis rekod komunikasi satelit pesawat tersebut. Seperti semua pesawat moden, Penerbangan 370 dilengkapi dengan terminal komunikasi satelit, atau SATCOM, untuk menghantar dan menerima transmisi signal kepada dan daripada darat Sebelum berlepas, terminal SATCOM telah log masuk ke rangkaian satelit dan menyambungkan hubungan dengan stesen darat di Perth, Australia.
04:52
Stesen itu kemudian mengekalkan rekod terperinci mengenai semua lalu lintas masuk dan keluar anatara ia dan Penerbangan 370 Inilah yang terkandung dalamnya. Sebelum kehilangan penerbangan di Laut China Selatan, semuanya kelihatan berfungsi seperti yang diharapkan. Kemudian, pada satu ketika semasa arus penerbangan ini, pautan SATCOM terputus. Untuk sebab yang tidak diketahui, terminal tersebut enggan memberi tindak balas tetapi tiga minit selepas penerbangan tersebut hilang di Laut Andaman terminal tersebut meminta untuk dilog balik ke rangkaian. Pautan SATCOM berjaya disambungkan semula dan tidak terganggu lagi sehingga hampir enam jam kemudian apabila penerbangan itu dianggap telah terhempas akibat kehausan bahan api. Detik jam terakhir ini, dua cubaan telah dibuat untuk menghubungi pesawat melalui telefon satelit. Kedua-dua panggilan itu diakui oleh terminal SATCOM dan akan dihalakan ke kokpit, tetapi mereka tidak diberi tindak balas. Terminal tersebut juga telah memberi tindak balas kepada permohonan situasi automatik Pendek kata, jika stesen darat tidak pernah mendengar dari pesawat dalam masa sejam,
05:57
ia akan menghantar isyarat untuk mengesahkan terminal masih dalam talian. Walaupun transmisi ini tidak mengandungi sebarang maklumat mengenai kedudukan penerbangan, penyiasat dapat mengukur jarak antara satelit dan pesawat dan masa setiap penghantaran berdasarkan berapa lama ia mengambil transmisi untuk dihantar dan diterima Ini menghasilkan tujuh paksi lokasi yang berkemungkinan dari mana transmisi ini dianggap berasal. Dengan menggunakan penggunaan bahan api, kelajuan, dan faktor lain, Analisis laluan penerbangan menunjukkan asal mula kemungkinan penghantaran transmisi terakhir ialah di lingkungan Selatan Lautan Hindi Usaha pencarian digubah sewajarnya dan rantau tersebut jatuh ke dalam bidang kuasa Australia, kerajaan Australia mengambil alih operasi. Dalam beberapa minggu akan datang, kawasan carian secara berperingkat ditapis bagi mengambil kira hanyutan laut serta memperbaikkan anggaran laluan penerbangan. Tetapi bahagian Selatan Laut India yang terperinci ini mengambil masa enam hari hanya untuk tiba ke destinasi tersebut
07:00
Sebuah armada kapal dan kapal baru secara beransur-ansur meliputi lebih dari 4,500,000 km2 lautan, tetapi Penerbangan 370 masih tidak dapat dikesan Sekiranya impak kapal tersebut ke dalam lautan cukup kuat, mungkin bunyi yang kuat dihasilkan dan direkod oleh alat mendengar bawah air yang dikenali sebagai hidrofon. Kemungkinan ini disiasat, dan empat stesen pengawasan hidroacoustic telah merekodkan sesuatu... Walaupun masa dan arah bunyi itu agak konsisten dengan transmisi satelit akhir, lokasi asal yang dianggarkannya tidak. Suara itu kemungkinan besar disebabkan oleh aktiviti geologi. Penerbangan 370 juga dilengkapi dengan dua beacon pencari bawah air yang mempunyai hayat bateri selama 40 hari, dan setibanya tarikh akhir yang didekati pada awal April, isyarat dengan nadi dan kekerapan agak serupa dengan isyarat yang dikeluarkan oleh beacon tersebut dikesan dan dikenalpasti di kedalaman sehingga 3,000 meter. Sebuah kapal selam tanpa pemandu kemudiannya menghabiskan mingguan di dasar laut
08:18
dimana signal tersebut dikesan, tetapi tiada sebarang kesan bangkai serta serpihan dijumpai dan tidak apa yang dijumpai sehingga lebih daripada 16 bulan kemudian, dimana sebuah penemuan muncul di seberang Lautan Hindi. Pada 29 Julai 2015, sekumpulan orang membersihkan pantai di Réunion, sebuah pulau kecil di timur Madagascar, ketika mereka terserempak dengan Objek logam sepanjang 2 meter yang diliputi dengan hakisan dan teritip Pakar penerbangan kemudiannya mengenal pasti objek itu sebagai satu bahagian sayap pesawat yang dikenali sebagai flaperon. Selepas permeriksaan yang lebih mendalam, penanda dalaman termasuk tarikh dan nombor siri secara konkrit dipastikan flaperon milik Penerbangan 370. Walaupun Pulau Réunion terletak kira-kira 4,000 km dari kawasan carian, dan lebih daripada satu tahun telah berlalu sejak penerbangan hilang, lokasi itu konsisten dengan simulasi corak penyebaran serpihan. Terdapat bukti nyata bahawa Penerbangan 370 telah terhempas di suatu tempat di Lautan Hindi. Penemuan flaperon itu mendorong sejumlah pencarian
09:22
di sepanjang pantai dan garis pantai di tenggara Afrika, dan sekurang-kurangnya 31 objek tambahan telah diperoleh dan diperiksa. Antara objek tersebut termasuk: Satu bahagian kepak luar dari sayap kanan. Sekeping kencang dari salah satu daripada dua enjin. separa pintu dari gear pendaratan Bahagian penstabil menegak. Dan serrpihan selongsong yang terhantam dari salah satu monitor kepala yang tertanam Lapan belas objek ini dikenal pasti sama ada kemungkinan, kemungkinan besar, atau hampir pasti telah berasal dari Penerbangan 370, sedangkan hanya tiga yang dapat disahkan. Sebelas yang selebihnya tidak dapat dikenalpasti. Tiada kesan letupan yang ditemui di mana-mana serpihan yang diuji dan tiada bukti kebakaran kecuali tiga tanda terbakar kecil pada salah satu barang yang tidak dikenali. Pencarian untuk serpihan selebihnya dibantu oleh satelit pemerhatian bumi. Analisis gambar satelit dari Mac tahun 2014 mengesan sejumlah imej yang muncul untuk menampilkan objek buatan manusia yang terapung atau hanya di bawah permukaan di selatan Lautan Hindi.
10:31
Walau bagaimanapun, imej tidak cukup jelas untuk menyelesaikan sebarang tanda yang boleh dikenalpasti, dan walaupun sejumlah carian dijalankan, serpihan ini tidak pernah dijumpai Imej satelit yang diambil hanya beberapa jam selepas penghantaran transmisi terakhir, juga turut menangkap apa yang kelihatan sebagai kontrail yang jauh dari kawasan carian. Walau bagaimanapun, analisis yang kemudiannya menyimpulkan bahawa ia kemungkinan besar bayang-bayang dari pembentukan awan yang agak lurus Pencarian di dasar laut diteruskan untuk beberapa bulan dan selanjutnya menjadi beberapa tahun sebelum ianya diberhentikan awal 2017 Dengan ini, kira-kira 120,000 km2 dari dasar laut telah diteliti. Usaha pencarian itu kemudian disambung semula oleh syarikat penyelamat Amerika yang dikenali sebagai Ocean Infinity, tetapi selepas lebih daripada setahun pencarian dilaksanakan, mereka juga pulang dengan tangan yang kosong Selagi tempat terakhir pengabdian Penerbangan 370 dapat dijumpai ia mungkin mustahil untuk menentukan dengan tepat mengapa ia terhempas. Walau bagaimanapun, teori masih lagi berpanjangan Pada hari kehilangan, dua penumpang menimbulkan syak wasangka kerana mereka telah menaiki penerbangan
11:46
dengan pasport yang dicuri yang segera mendorong kebimbangan terhadap sebuah rampasan Tetapi penyiasat tidak dapat menghubungkan kedua-dua lelaki tersebut kepada mana-mana organisasi pengganas dan tidak lama kemudian mereka menentukan bahawa mereka telah mengembara di bawah identiti palsu kerana mereka mencari perlindungan bukan kerana niat jahat Kecurigaan yang sama dinaikkan apabila seorang penumpang dikenal pasti sebagai jurutera penerbangan yang mungkin mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengawal Boeing 777. Selain 239 orang, Penerbangan 370 membawa hampir 11 tan metrik kargo. Antara objek yang disenaraikan di dalam penerbangan adalah penghantaran bateri lithium-ion, yang mengarahkan beberapa orang untuk mengesyaki bahawa kebakaran mungkin berlaku di pertengahan penerbangan. Sebagai contoh, bencana penerbangan UPS Airlines Flight 6 pada bulan September 2010 adalah akibat kebakaran yang dinyalakan oleh pallet bateri lithium-ion Satu lagi potensi sumber penyalaan adalah kerosakan elektrikal Kemalangan penerbangan Swissair 111 pada September 1998 dianggap telah disebabkan oleh api di dalam pendawaian elektrik di atas kokpit.
12:48
Kebakaran tersebut merosakkan dan mencacatkan pelbagai sistem avionik, termasuk transponder dan SATCOM. Dalam kes Penerbangan 370, kehilangan komunikasi secara tiba-tiba dan kesasarannya dari laluan penerbangan yang dijadualkan itu mungkin menjadi tindak balas langsung kepada kebakaran. Kedua-dua juruterbang itu mungkin telah kembali ke Malaysia untuk mencuba pendaratan kecemasan di lapangan terbang yang terdekat. Tetapi tiada cubaan sedemikian dibuat. Sebaliknya, Penerbangan 370 meneruskan penerbangan dan mengekalkan ketinggian selama enam jam Sesetengah pihak telah memberikan teori, kemungkinan krew tersebut lumpuh oleh pertukaran tekanan udara secara tiba-tiba mahupun berterusan di dalam kabin Sebagai contoh, apabila Helios Airways Flight 522 gagal untuk mengekalkan tekanan udara pada bulan Ogos 2005, juruterbang terus tidak menyedarkan diri, namun pesawat terus terbang dengan bantuan autopilot selama lebih dari dua jam sehingga ia kehabisan minyak. Juruterbang syarikat penerbangan sudah tentu terlatih untuk kejadian sedemikian. Dalam keadaan kabin menjadi mampat, sistem automatik direka untuk melepaskan topeng oksigen untuk memberi juruterbang masa yang mencukupi bagi melaksanakan penurunan ke ketinggian yang lebih rendah untuk bernafas
13:52
Data yang direkodkan oleh radar tentera Malaysia memang mengandungi maklumat ketinggian, tetapi ia sangat tidak konsisten. Sebenarnya, Boeing 777 tidak mampu melakukan turun naik ketinggian yang melampau. Pada waktu tertentu, pesawat itu melebihi ketinggian operasi maksimumnya dengan lebih daripada 15,000 kaki sebelum membuat sebuah aksi menjunam 50,000 kaki kurang daripada satu minit Percubaan untuk mencipta semula aksi ini pada simulasi penerbangan tidak berjaya, dan oleh itu data itu dianggap tidak tepat dan tidak boleh dipercayai. Sekiranya Penerbangan 370 hilang tekanan kabin pada 35,000 kaki dan juruterbang tidak berupaya untuk menurun ke ketinggian yang mengadungi kadar oksigen yang lebih tinggi ia mungkin menjelaskan kenapa kapal terbang tersebut mengekalkan ketinggian penerbangannya selama itu Apa yang lebih sukar untuk dijelaskan adalah, penukaran ini. Simulasi penerbangan telah menetapkan bahawa sebuah kapal terbang mesti berada dibawah kawalan manual semasa putaran kiri pertamana sebagai putaran sudut bank (25 darjah) ataupun kecereundungan putaran tersebut
14:55
melebihi had kapasiti autopilot Walau bagaimanapun, putaran seterusnya mungkin sama ada manual atau automatik. Tetapi untuk autopilot membuat pembetulan perjalanan ini, seseorang yang mempunyai pengetahuan yang diperlukan mesti telah memprogramnya untuk berbuat demikian. Satu-satunya alternatif lain ialah pesawat itu sebenarnya di bawah kawalan manual. Pada akhir Jun 2014, beberapa saluran berita melaporkan bahawa siasatan khas telah mengenal pasti kapten Penerbangan 370 sebagai suspek utama. Penyelidikkan di rumah kapten tersebut telah menemui simulator penerbangan yang kononnya dikatakan mengandungi laluan yang mencurigakan yang berakhir di selatan Lautan Hindi. Pada masa itu, tiada pengakuan rasmi bahawa laluan sedemikian telah didapati dan laporan awam yang panjang, dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2015, tidak menyebut apa-apa penemuan sedemikian. Kemudian, pada tahun 2016, dokumen sulit berkaitan dengan pemeriksaan forensik yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia pada bulan Mei 2014 telah dibocorkan kepada media. Dokumen-dokumen ini menyatakan dengan jelas bahawa laluan sedemikian bukan hanya didapatkan tetapi diperiksa dengan teliti.
16:10
Tidak lama selepas itu, kerajaan Malaysia mengesahkan kewujudan laluan penerbangan simulasi ini dan inilah yang dapat dilihat Tidak mengejutkan bahawa ramai yang menganggap ini sebagai bukti yang kukuh dalam persediaan terhadap bencana tersebut tetapi menurut penyiasat ia tidak begitu jelas. Data yang diperolehi terdiri daripada tujuh koordinat. Dua di Kuala Lumpur Dua di Selat Melaka Satu di Teluk Bengal. Dan dua di Selatan Lautan Hindi Data telah dibina semula daripada fail yang telah dijana dan disimpan secara automatik oleh perisian simulasi sebulan sebelum kejadian itu. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada koordinat berasal dari sesi penerbangan yang sama. Dalam erti kata lain, ia mungkin tidak tepat untuk mengesan garisan berterusan antara tujuh koordinat ini kerana mereka boleh bersumber dari sesi berasingan. Pemeriksaan forensik oleh Polis Diraja Malaysia hanya membuat kesimpulan: "Tiada aktiviti yang ditangkap secara konsisten menunjukkan apa-apa jenis perbuatan yang direncanakan berhubung dengan kejadian MH370. " Walaupun, persamaan antara laluan simulasi ini dan laluan penerbangan 370
17:19
secara langsung mempengaruhi operasi carian. Penyiasat Australia menganggap kemungkinan seseorang dengan sengaja memperluaskan jarak penerbangan dengan meluncurkan pesawat selepas keletihan bahan api. Jika sebegitu, kapal tersebut mungkin telah mengembara tambahan sebanyak lebih daripada 200 kilometer. Secara alternatif, jarak ini dapat dikurangkan dengan penolakan terkawal sebelum kehabisan bahan api. Walaupun pada akhirnya dianggap tidak mungkin, kedua-dua senario ini mempengaruhi usaha pencarian. Jika kapten mengarahkan Flight 370 penerbangan luar arus perjalanan dengan niat ingin menghempaskan pesawat di dalam sebuah kawasan terperinci di Selatan Lautan Hindi, motifnya lebih besar daripada sebuah misteri. Zaharie Ahmad Shah merupakan 53 tahun dan telahpun berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Beliau mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mempunyai pengalaman dan rekod yang bersih Penyiasat tidak menjumpai sebarang bukti kepada permasalahan kewangan dan perbelanjaan bulanannya sebelum kehilangan tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa. Beliau tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan tidak memperlihatkan sebarang perubahan baru-baru ini di dalam kehidupannya mahupun tingkah lakunya. Dia dibesarkan di pulau Pulau Pinang yang telah menyebabkan beberapa orang membuat spekulasi bahawa
18:23
laluan kedua penerbangan ke barat daya Pulau Pinang adalah beliau ingin mendapatkan pandangan terakhir di kampung halamannya. Ada yang percaya pembongkaran itu mungkin bermotivasi politik kerana Zaharie adalah penyokong yang gemar terhadap pemimpin pada pihak pembangkang yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara beberapa jam sebelum Penerbangan 370. Yang lain menunjuk kepada laporan-laporan perkahwinan yang tidak disahkan, tetapi ini bertentangan dengan penyiasatan rasmi dan dipertikaikan oleh ahli keluarga. Satu-satunya ketidakseimbangan sebenar yang dicatatkan oleh laporan akhir adalah bahawa kapten tersebut gagal untuk mengulangi kekerapan radio yang ditugaskan semasa komunikasi lisan terakhir. Ini akan menjadi prosedur biasa untuk mengulang kekerapan yang diberikan dan kapten telah melakukannya dengan betul beberapa minit sebelum ini. Sama ada peninggalan ini menunjukkan apa-apa, tetapi kesilapan adalah tekaan terbaik sesiapa sahaja. Dengan semua akuan, Kapten Zaharie adalah juruterbang yang baik dan dihormati yang berminat dengan penerbangan seperti yang ditunjukkan oleh gambar dan video yang dikongsi beliau di media sosial. Kapten Zaharie: Hai semua. Ini adalah video YouTube yang saya buat
19:42
Kapten Zaharie: sebagai khidmat masyarakat. Copilot beliau juga turut didapati tidak bersalah, malahan lebih lagi. Fariq Abdul Hamid hanya berusia 27 tahun dan bakal berkahwin dengan seorang juruterbang. Beliau mempunyai hampir 3,000 jam pengalaman penerbangan, walaupun hanya 39 jam dalam pesawat yang jenis ini. Sama seperti Zaharie, Fariq tidak mempunyai masalah kewangan, mental, atau masalah dalaman dan tidak ada bukti konflik antara kedua-dua mereka. Ada yang mempersoalkan kebolehjadian perompakan yang ditimbulkan perintis oleh kerana kekurangan campur tangan oleh juruterbang lain. Apabila Penerbangan Ethiopia 702 dirampas oleh copilot pada bulan Februari 2014, dia melakukannya dengan hanya menunggu kapten untuk mengambil rehat di tandas sebelum mengunci pinti kokpit dibelakangnya Copilot itu kemudian bebas untuk mengalihkan penerbangan dari Itali ke Switzerland untuk mendapatkan perlindungan Satu-satunya bukti yang perlu diberi perhatian berhubung dengan copilot Penerbangan 370 ialah telefonnya. Apabila dokumen rahsia dibocorkan, mereka juga mengesahkan satu lagi khabar angin yang sudah lama diedarkan.
20:47
Iaitu, menara telefon bimbit telah menyalurkan sambungan dengan sebuah iPhone 5S bermilik kepada copilot Penerbangan 370 mendekati Pulau Pinang Menurut penyiasat, ia bukan panggilan telefon, seperti yang dilaporkan secara meluas oleh media, tetapi hanya isyarat lokasi automatik. Mengapa maklumat ini diabaikan daripada laporan umum, kami mungkin tidak pernah tahu. Jadi apa yang perlu dibuat dengan semua ini? Di satu pihak, laluan penerbangan yang disimulasikan kelihatan seperti mencurigakan Di pihak yang lain, amat sukar untuk menjelaskan sebarang ketidakpastian keatas kedua-dua orang perwatakkan pilot Ia juga sama menyukarkan untuk menidakkan bahawa sebuah rampasan dengan bukti yang sedia ada Tetapi, kita kehilangan beberapa serpihan bukti yang agak mustahak Laporan akhir yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2018 tidak dapat mengambil kira kehilangan komunikasi mahupun kegelinciran Penerbangan 370 untuk berlaku kerosakkan Sebaliknya, dipercayai bahawa seseorang memanipulasi pesawat dan sistemnya secara manual.
21:52
Sebagai contoh, penyiasat percaya SATCOM telah dilumpuhkan secara manual dengan gangguan kuasa secara tiba-tiba dan berpanjangan. Kemudian, apabila kuasa telah dipulihkan, terminal hanya dihidupkan semula Begitu juga, perubahan dalam tajuk dipercayai sebagai hasil input manual. Dengan itu dikatakan, ketidakpastian penemuan ini berulang kali ditekankan Oleh kerana bukti terhad yang ada, dan laporan itu tidak pernah menyatakan secara jelas penerbangan itu dirampas. Malah, tiada kesimpulan sebenar dicapai Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Australia bersetuju bahawa Penerbangan 370 terhempas di selatan Lautan Hindi tetapi sebab itu tak dapat ditentukan tanpa sebarang serpihan bangkai. Lokasi yang telah berjaya membingungkan beberapa pakar penerbangan utama di dunia serta kemampanan teknologi canggih yang mengagumkan selama lebih kurang daripada setengah dekad. Penulis, pakar penerbangan, dan penyiasat bebas telah memberikan tawaran perkhidmatan mereka sendiri tentang pemikiran dan teori tentang kemalangan dan lokasi serpihan bangkai.
22:54
Sesetengah pihak percaya tidak ada kemalangan tetapi pesawat itu ditembak oleh pangkalan tentera laut Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Penghantaran transmisi satelit yang kemudiannya dibuat bagi menjadikan sebagai sebahagian daripada penutupan besar. Pihak lain percaya pesawat itu berpaling ke arah India dan mengembara jauh ke utara sehingga ke pangkuan Kazakhstan tanpa sebarang kesan Serpihan itu kemudiannya ditanam di tepi pantai Afrika tenggara sebagai aktiviti penutupan kes besar-besaran. Teori lain mencadangkan pesawat itu dirampas oleh kawalan jauh dan dikawal oleh seseorang di darat. Sementara Boeing dan syarikat lain telah bereksperimen dengan teknologi yang akan membolehkan pesawat dikawal dari jauh, tidak ada pesawat komersil yang diketahui dilengkapi dengan sistem sedemikian. Pada sisi yang kurang berkonspirasi, anggapan bahawa Penerbangan 370 terbang dalam garis lurus dan pada kelajuan yang berterusan selepas berpaling ke arah selatan Lautan Hindi mungkin sahaja salah. Pada awal 2018, satu pasukan penyiasat bebas Perancis mencadangkan laluan penerbangan alternatif di mana percubaan mendarat di Pulau Krismas membawa ke tapak kemalangan jauh ke utara
24:02
daripada rantau yang dikenal pasti oleh siasatan rasmi. Walaupun carian permukaan kawasan ini dijalankan kira-kira seminggu selepas kehilangan itu, fasa di dasar lautan tidak pernah sampai ke utara ini. Sehubungan dengan pembuatan video ini, operasi carian telah digantung, tetapi ada khabar angin bahawa potensi suatu misi pencarian akan diteruskan Buat masa ini, nampaknya kehilangan Penerbangan 370 akan menjadi misteri.

DOWNLOAD SUBTITLES: