【FULL】Sweet Teeth EP01 (Starring Wu Xuan Yi, Bi Wen Jun, Zhai Xiao Wen) | 世界微尘里 | iQiyi

【FULL】Sweet Teeth EP01 (Starring Wu Xuan Yi, Bi Wen Jun, Zhai Xiao Wen) | 世界微尘里 | iQiyi

SUBTITLE'S INFO:

Language: Malay

Type: Human

Number of phrases: 902

Number of words: 3629

Number of symbols: 19801

DOWNLOAD SUBTITLES:

DOWNLOAD AUDIO AND VIDEO:

SUBTITLES:

Subtitles prepared by human
00:00
[Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM] [Tempat yang indah ini] [ialah Universiti Donghu.] [Nama saya Zeng Li.] [Saya berusia 26 tahun.] [Perpustakaan Universiti Donghu] [Saya telah belajar dan bekerja di sini] [Sejarah Ringkas Segala Sesuatu] [Hukum Murphy] [selama lapan tahun.] [Lalu Bersama Angin] [Ramai orang tak faham] [sebab saya terus berada di universiti] [dan menjadi seorang pustakawan.] [Hal ini mungkin kerana] [saya suka akan perkara yang ringkas dan seronok.] [Setiap kali saya baca buku,] [saya rasa seakan-akan] [berbual-bual dengan roh yang seronok.] [Semua buku itu akan membawa saya menerokai] [Fizik Gek] [dunia yang misteri lagi ajaib] [yang saya tak dapat mengalami sendiri.] [Kadangkala saya juga akan membuat kesilapan.] [Namun, asalkan saya berada bersama buku,] [saya akan berasa sungguh tenteram.] [Universiti yang terletak] [jauh dari bandar yang pesat ini] [telah menjadi rumah saya.] [CAROL'S coffee] [Pada dua tahun lalu, saya dan kawan telah] [mengumpul duit] [dan mengambil alih kafe] [yang terletak di tepi universiti ini.] [Kami berusaha bersungguh-sungguh]
01:23
[untuk mendapatkan semua benda di dalam kedai.] [Kami yang tak seberapa] [berada bersama-sama di dunia yang besar ini.] [Kami menanti-nantikan] [CAROL'S coffee] [pertemuan dengan orang seterusnya.] [Sweet Teeth: Episod 1] Adakah saya tersilap tengok? [Senarai Kedudukan Populariti] Tempat pertama dan tempat kedua dalam Senarai Kedudukan Lelaki Kacak Universiti Donghu bukan pelajar, [Mu Chenghe, Ai Jingchu] tapi cikgu pula. Cikgu Mu daripada jurusan fizik telah memenangi tempat pertama tahun lepas. Tahun ini muncul pula Cikgu Ai daripada kolej perubatan. [Tempat: 2, Doktor Genius, Ai Jingchu] Ai Jingchu. Dia baru datang? Kekacakannya telah mengatasi lelaki zaman 2000-an. Cepat lihat. Dia telah menjadi doktor bertugas pada usia muda ini. [Tempat: 2, Doktor Genius, Ai Jingchu] Ai Jingchu? [Doktor Genius, Ai Jingchu] Mu Chenghe dan Ai Jingchu. [Forum Senarai Kedudukan Lelaki Paling Popular] Apabila nama mereka digabungkan, [Gabungan nama mereka kedengaran seperti jenama baju dalam.] [Kedua-dua Cikgu Mu dan Cikgu Ai adalah berbakat. Susahnya nak pilih.] ia kedengaran seperti Aimer, iaitu jenama baju dalam. Itu... Saya amat kagum dengan sendiri. Ai Jingchu dan Mu Chenghe. Sesuai betul apabila nama keluarga mereka digabungkan. Sekarang, mereka berdua adalah seperti... Awak faham? Minta... Minta maaf. Minta... Minta maaf. Sudah. Minta... Minta maaf. [Habis.] [Adakah dia dengar] [perbualan kami tadi?] Cikgu Ai!
03:13
Dia bukan saja kacak, malah begitu bergaya. Saya perlu mengundi dia! [CAROL'S coffee] Saya telah mencari dia di hospital hari ini. Selamat menjamu selera. "Kita bertenang dulu." Apabila seorang perempuan kata begitu, maknanya adalah "tolong terus pujuk saya". Apabila lelaki kata begitu, maknanya ialah dia ingin berpisah. [Ma Yiyi.] [Dia menggelar diri sebagai penstrim terhebat dan pakar cinta] [di Universiti Donghu.] [Dia dapat mengaitkan segala topik tentang lelaki] [dengan pelbagai teori.] Otak saya dipenuhi olehnya. Kak Ma, saya amat sedih. Sebaik saja saya cari dia, dia akan kata dia sibuk. Helo, saya nak bayar. Tunggu sekejap! Minta maaf. Saya akan bantu. Lelaki macam ini, baiklah berpisah saja. Maaf, 50 yuan. Kak Zeng. Saya nak mohon cuti untuk sehari. Baik. Terima kasih, tauke. [CAROL'S coffee] Dou Dou. Apakah dah berlaku? Kak Wu, minta maaf! Apakah dah berlaku? [Wu Ying, doktor di unit kecemasan.] [Dia seorang peminat permainan.] [Dia kelihatan angkuh,] [tapi sebenarnya, dia seorang gadis yang mentah.] Wu Ying. Awak dah pergi ke mana? Jangan sebut lagi. Saya dah sibuk semalaman. Apakah dah berlaku? Sofa! Wu Ying, ada apa yang menarik?
05:03
Cepat beritahu saya! Cepat beritahu saya! Ma Yiyi. Awak jangan asyik teruja saja. Ke tepi! Saya nak letak kaki. Apakah dah berlaku? Saya bertugas syif malam semalam. Pada pukul 11 lebih, ada sekumpulan lelaki yang minum arak dan bergaduh telah datang ke hospital. Seluruh badan mereka adalah penuh dengan darah. Antara mereka, ada seorang lelaki yang berumur 30 tahun lebih. Saya baru saja nak menjahit lukanya. Dia telah tangkap tangan saya sambil menangis dan gelar saya sebagai ibu. Pasal kerja rupanya. Kantuknya. Saya nak tidur baik-baik. Selamat malam. Doktor Wu. Awak tidak melabur untuk kafe kita ini, betul tak? Jika begitu, saya dan Zeng Li takkan berkongsi keuntungan dengan awak. Idea ini bagus. - Keuntungan... - Bangun. Keuntungan kononnya. Adakah kamu dapat untung banyak duit? Saya dah nampak Dou Dou tadi. Apakah berlaku pada dia? Rasanya dia telah putus cinta. Jadi, kami beri dia cuti dan biar dia rehat baik-baik. Dou Dou telah bercinta? Doktor Wu. Awak sungguh tak ambil berat tentang pekerja. Dou Dou ialah junior awak. Dia asyik senyum semasa bermain telefon. Awak tak sedar? Saya dah ingat. Adakah dia menyukai seorang senior? Dia telah tanya saya tentang senior itu pada bulan lepas. Mereka dah bersama dalam masa yang begitu singkat? Yang penting, mereka dah berpisah sekarang. Betullah jika begitu. Saya dengar teman lelaki Dou Dou ialah seorang doktor pergigian, tapi saya tak tahu siapa orang itu. Siapakah namanya? Ai Jingchu. Zeng Li. Apakah yang membuatkan awak terangsang lagi? Adakah awak okey? [Tercekik saya.] [Kenapa saya akan minum air] [pada setiap kali sebut tentang dia?] [Rupanya dia ialah]
06:26
[teman lelaki Dou Dou.] Bukan. Apakah yang Ai Jingchu lakukan terhadap Dou Dou? Dia bercinta dengan Dou Dou dan berkawan dengan gadis lain pada masa yang sama. Adakah Ai Jingchu sangat kacak? Semasa dalam universiti, ada banyak gadis yang tergila-gila akan dia. Namun, saya tak berminat terhadap dia. Awak berminat terhadap siapa? Mak, awak datang lagi? Kenapa? Awak kedengaran seperti tidak mengalu-alukan kedatangan saya. Tidak. Saya amat gembira. Mak, kenapa awak pakai macam ini? Macam mana? Saya dah boleh menghadiri acara Stage Boom, bukan? Bagus. Awak masak sup kaki khinzir kegemaran saya lagi. Memandangkan awak menggemari sup kaki khinzir, maka saya nak tanya awak. Kenapa awak langsung tak makan sup kaki khinzir yang saya masak minggu lepas? Saya terlalu sibuk minggu lepas. Awak pun tahu. Saya seorang usahawan. Saya dah tahu salah. Sup ini penuh dengan kolagen. Awak lihatlah. Semuanya terbazir. Sayang betul! Jika awak tak makan dengan baik-baik lagi, muka awak akan kelihatan cekung dan susahlah awak nak mencari teman lelaki kelak. Baik, saya dah tahu. Saya berjanji akan minum sup kaki khinzir yang awak masak agar kelihatan cantik seperti bunga. Awak ini sudah tak muda, tapi tak pernah bercinta. Adakah Dewa Cinta telah tercicir nama awak semasa menentukan jodoh? Mungkin begitu. Jadi, awak jangan asyik memperkenalkan lelaki kepada saya lagi. Semua itu adalah sia-sia saja. Awak tak dapat mencari teman lelaki disebabkan sikap awak yang sambil lewa ini. Awak dah berusia
08:35
26 tahun. Awak langsung tak rasa risau? Selepas dua tahun, macam mana awak dapat bersaing dengan gadis muda yang berusia sekitar 20 tahun? Mak. Awak sungguh tak yakin dengan anak awak. Awak lihat sendiri. Awak berkahwin kali kedua pada usia 41 tahun dan berkahwin kali ketiga pada usia 45 tahun. Awak lihat saya. Saya langsung tak sama dengan awak. Usah gabas. Jika awak mempunyai sasaran yang jelas seperti saya dan tahu apa-apa yang awak mahu, maka saya takkan risau tentang awak. Mak, kenapa awak lihat saya macam itu? Awak dah tak muda, tapi awak nampak agak cantik. Kenapa awak tak dapat cari teman lelaki pula? Badan awak langsing. Muka awak pun cantik. Kenapa begitu? Saya dah tahu. Gigi awak tak tersusun. Hal ini ini menjejaskan raut muka awak, terutamanya semasa awak senyum. Jadi, takkan awak nak bawa saya dapatkan rawatan ortodontik? Awak memang anak saya. Cepat jalan! Saya enggan pergi! Saya dah besar dan tak mahu dapatkan rawatan ortodontik! Saya enggan pergi! Sebab itulah awak tak boleh tangguh lagi kerana awak dah tak muda! Apabila kita sedar tentang masalah, kita perlu selesaikannya. Mungkin awak akan ada jodoh selepas dapatkan rawatan ortodontik. Saya tak mahu! Jalan! Saya tak mahu! Jalan! Jalan! [Dou Dou.] [Ai Jingchu? Betul-betul ialah awak?] Memandangkan kita tak sepadan, maka jangan berhubung lagi. Kita bertenang dulu. Namun, saya rasa kita agak sepadan.
10:49
[Lelaki ini nak buat apa?] Saya masih ada pesakit lain. Awak balik dulu. [Dou Dou dah nangis teresak-esak.] [Tak berhati perut.] [Adakah dia lelaki?] [Baik juga dia berpisah dengan lelaki ini.] [Kalau tak, dia akan dibuli lagi.] Apakah yang awak lihat? Awak kenal dia? Tak kenal. Jika tak kenal, kenapa awak nak menghendap? Jom. Dou Dou sudah balik. Terima kasih atas bantuan Cikgu Ai. Saya enggan campur tangan dalam urusan peribadi kamu, tapi awak dan Dou Dou ialah pelajar saya. Kalau bukan Dou Dou yang asyik menggunakan pelbagai cara untuk minta bantuan saya, saya pun takkan bantu awak untuk bertemu dengan dia. Awak perlu menjelaskan kepada dia. Baiklah. Saya akan bincang dengan dia kelak. Bila? Selepas habis kerja hari ini, saya pasti akan siapkan misi ini. Gigi geraham awak yang kelapan di sebelah kiri dan kanan yang berada di bahagian atas dan bawah, keempat-empatnya perlu dicabut. Saya perlu cabut gigi sebelum memakai pendakap? Saya tak mahu pakai. Saya... Susunan gigi awak amat sesak. Di antara gigi memang tiada ruangan kosong. Jika awak nak jalankan rawatan ortodontik, awak mesti ada ruangan kosong. Faham? Gigi mesti dicabut. Awak faham? Awak dengarlah kata doktor. Baik. Bolehkah dia cabut gigi hari ini? Hari ini? Tak boleh. Jadual saya sudah penuh. Esoklah. Baiklah. Kami akan datang lagi esok. Apa? Mak, awak tak balik ke Henggang hari ini? Bukan, saya masih perlu kerja lebih waktu di perpustakaan hari ini. Saya tak dapat menemani awak hari ini. Tak apa. Sejak kecil, awak tak pernah menjalankan pembedahan yang besar seperti ini.
12:36
Macam mana awak dapat menghadapi berseorangan? Mak sungguh risau. Cuma cabut gigi saja, apakah yang awak risau? Saya risau awak takkan datang. Yang ini bagus. [Berat Sama Dipikul, Tinggal Kumpulan Semasa Ditimpa Masalah] [Kawanku.] [Zeng Li: Kawanku] Saya dah hampir berusia 30 tahun. Tak sangka saya akan jadi gadis cermin mata dan pendakap. Zeng Li. Adakah mak awak akan bawa awak untuk menjalankan pembedahan miopia juga? Kemudiannya ialah pembedahan rinoplasti dan blefaroplasti. [Berat Sama Dipikul, Tinggal Kumpulan Semasa Ditimpa Masalah] [Awak rasa ini macam mana?] [Hodoh betul!] [Saya menolak!] [Saya perlu dapatkan rawatan ortodontik?] Saya menyokong mak cik kali ini. Asalnya, saya tak rasa apa-apa. Namun, selepas mak cik kata begitu, saya pun rasa ada sedikit masalah. Terutamanya apabila awak senyum, masalah itu akan muncul. Oh, ya. Apabila saya pergi ke pusat pergigian hari ini, saya telah terserempak dengan Dou Dou dan Ai Jingchu. [Berat Sama Dipikul, Tinggal Kumpulan Semasa Ditimpa Masalah] [Rasanya] [mereka sudah berpisah.] Maaf, nenek. Sakitnya kaki saya. Awak telah melanggar saya. Nenek, kaki awak sakit? Awak telah langgar saya! Kaki saya pastilah sakit! Saya tak langgar awak. Saya tolong hubungi pihak hospital. Saya tolong panggil doktor. Awak telah langgar saya. Awak nak pergi ke mana? Awak nak lari? Bukan. Awak dah langgar saya. Awak enggan mengaku? Saya... Saya tak langgar awak.
14:14
Kenapa awak cakap sembarangan? Jika awak tak langgar saya, kenapa kaki saya akan sakit? Nenek. Tahun ini dah tahun 2020. Awak masih guna tipu helah macam ini? Adakah awak nak minta duit daripada saya untuk pergi ke hospital? Betul. Awak cuma perlu beri saya sedikit duit. Awak beri saya 300 yuan atau 500 yuan. Lagi banyak, lagi bagus. Saya... Saya cuma seorang pekerja biasa. Saya pun tiada duit. Saya nak duit. Saya takkan biar awak pergi. Awak jangan peluk saya macam ini. Seluar saya dah hampir jatuh. Begitu pun awak perlu beri saya duit. Awak cuma perlu beri saya duit. Kaki saya sakit. Baiklah. Begini. Hospital dan balai polis. Awak pilih salah satu. Kenapa saya akan ditimpa masalah macam ini? Nenek, adakah awak tersilap? Kaki awak yang sakit tadi. Kenapa sekarang sakit jantung pula? Baik. Saya akan beri awak. Nenek, awak jangan berlakon lagi. Lantai amat sejuk. Awak cepat bangun, okey? Nenek! Nenek. Nenek. Mak, apakah yang berlaku pada dia? Dia kelihatan sakit. Nenek! Nenek, kenapa dengan awak? Cepat bangun! Boleh tak bantu saya? Ada orang pengsan! Siapa yang boleh bantu saya? Ada orang pengsan di sini! Resusitasi kardiopulmonari. Macam mana caranya? Zeng Li. Jangan cemas. Zeng Li, awak dapat lakukannya. Nenek, awak jangan mengejutkan saya! Nenek! Siapakah boleh bantu saya? Dah hubungi pihak hospital? Sudah. [Kenapa dia lagi?] Arteri karotid tidak berdenyut. Nenek! - Nenek. - Nenek. Awak rasa macam mana? Nenek diserang tekanan darah tinggi dan menyebabkan gagal nafas akut.
16:27
Saya telah beri dia nifedipine. Adakah awak ahli keluarga dia? Saya lalu secara kebetulan. Saya ialah doktor di pusat pergigian, Universiti Donghu gabungan hospital. Begini. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan pergi bersama kamu. Boleh juga. Terima kasih. Awak dah penat. Awak lakukan dengan agak baik tadi. Namun, saya cadangkan awak untuk belajar lagi cara melakukan resusitasi kardiopulmonari. [Cerewet betul.] [Tak apalah.] [Memandangkan awak dah selamatkan nenek,] [saya akan bersabar saja.] [Sekejap. Apakah dia nak buat?] [Ada ulat?] [Terkejutnya saya. Rupanya bukan ulat.] Nenek. Dia yang langgar saya. Tidak. Dia menipu. Dialah yang salah! Dia juga bergaduh dengan nenek tadi. Bukan. Dia nak memeras ugut saya tadi. Bukan. [Dia memeras ugut saya.] [Awak dapat nampak, bukan?] Bukan. Saya... [Kenapa tak bercakap?] [Adakah awak bongkah kayu?] [Malang betul hari ini.] [Bukan saja dipaksa jalankan rawatan ortodontik, malah juga diperas ugut.] [Takkan saya perlu] [bayar kos rawatan nanti?] Apakah benda ini? Awak telah melanggar nenek dan telah bergaduh dengan dia. Awak patut lakukan sesuatu. Saya dah kata banyak kali. Saya tak melanggar dia. Dia yang nak memeras ugut saya. Dia... Perkara dah sampai tahap ini. Awak tak rasa bersalah? Kenapa saya akan rasa bersalah? Beraninya awak kata saya. Awak lelaki ja... Apakah awak kata? Jangan gaduh lagi. Keadaan sudah cukup rumit. Ying, macam mana keadaannya? Dia sudah okey. Doktor Ai. Nasib baik awak lakukan resusitasi kardiopulmonari sempat pada masa. Dia sudah tidur. Dia sudah boleh discaj selepas pemerhatian selama 24 jam dan diberi infusi. Dah hubungi ahli keluarga? Dah. Namun, ahli keluarganya tak kata akan datang.
18:24
Anak yang tak taat setia. Selepas nenek bangun, awak patut memohon maaf. Saya... Zeng Li. Zeng Li. Awak betul-betul dah salah faham. Nenek itu selalu datang ke unit kecemasan. Setiap kali, dia akan kata ada orang melanggar dia. Namun, selepas pemeriksaan, dia langsung tidak tercedera, malah berkeras minta orang untuk membayar pampasan. Jika tak bayar, dia takkan biar orang itu pergi. Ada orang sanggup bayar untuk mengelakkan masalah. Entah apa yang berlaku kali ini, dia telah diserang tekanan darah tinggi. Rasanya ahli keluarganya tidak melayan dia dengan baik. Dia agak kesian. Tolong beri saya sekeping resit lagi. Saya akan bayar. Baik. Keluarkan tangan. Saya dah bayar duit, tapi mustahil saya akan mohon maaf. Saya enggan lihat awak lagi! Bukankah awak sedang melihat pada saya sekarang? Awak... Ying, saya pergi dulu. Berhati-hati. Jangan terlanggar orang! Adakah awak okey? Keras kepala betul. Dia betul-betul jalan sambil tutup mata. Saya masuk dulu. [Saya dah sampai mana?] [Rasanya dah perlu belok.] [Jangan terlanggar dinding.] [Kalau tak, saya akan diketawakan oleh dia.] Saya tak pernah nampak orang yang begitu angkuh. Adakah Dou Dou buta? Kenapa saya begitu malang hari ini? Takkan saya dah kehabisan nasib baik? Sekejap! Sekejap! Tunggu saya! Tunggu saya! Saya nak masuk juga. Sekejap! Biar saya masuk! Saya belum masuk! Tiada tempat duduk. Duduk di sini dan tunggu. Berdirilah. Biar betul? Dah hujan! Kenapa tiba-tiba hujan pula? Saya dah minta awak bawa hujan! Jangan menolak. Mak cik. Mak cik. Kad bas awak dah tercicir.
21:16
Mak cik! Mak cik. Awak panggil saya? Orang dewasa kini suka dipanggil sebagai kak. Kak. [Kenapa saya begitu malang hari ini?] Kenapa teman lelaki kepada kakak tua ini begitu kacak? Ya. Cemburunya saya. Saya telah menyalah fahamkan awak untuk perkara tadi. Saya minta maaf. Memandangkan awak datang khas untuk meminta maaf, saya akan maafkan awak. Awak fikir terlalu banyak. Saya pandu melalui tempat ini dan nampak awak. Takkan awak nak hantar saya balik? Tak perlu. Awak fikir terlalu banyak. Arah kita berbeza. Awak ambillah payung ini. Kenapa dengan dia? Pelik betul. Sekejap. Saya tak beritahu dia alamat rumah saya, kenapa dia tahu arah kita berbeza? Awak sungguh tak ikhlas! Malangnya! [Bangunan Unit Pesakit Luar] [Apabila seseorang] [banyak ditimpa malang,] [rasanya perkara baik bakal berlaku, betul?] Doktor Wang dah hentikan rawatan? Betul. [Bagus!] [Nasib baiknya saya!] Apa kata awak jumpa doktor lain? Saya... Mak, kita balik dulu. Apabila Doktor Wang datang kerja nanti, kita datang jumpa dia lagi. Rasanya Doktor Wang takkan datang kerja dalam masa terdekat ini. Khabarnya, dia telah masuk hospital sebab menghidapi penyakit arteri koronari. Malang betul. Mak, kita baliklah. Ada doktor siapa lagi? [Masih enggan putus asa?] Doktor pelatih, Xu Hengheng. Doktor pelatih? [Sistem Pengurusan Janji Temu Hospital, Ai Jingchu] Doktor Ai
23:46
ada slot kosong. [Doktor Ai?] [Jangan-jangan dia Ai Jingchu!] Doktor bertugas, Ai Jingchu. Kami akan pilih dia. - Baik. - Tak! Saya nak doktor pelatih. Kenapa nak pilih doktor pelatih? Susah saya nak jelaskan. Walaupun Doktor Ai ialah doktor bertugas, dia tetap amat hebat. Susah nak buat janji temu dengan dia. Awak dengar tak? Kamu bertuah hari ini. Jika mereka tak mahu, saya mahu. Saya datang khas untuk mendapatkan rawatan Doktor Ai. Mak! Tak, awak... Awak dulu! Tak. Kami datang dulu. Kami datang dulu. Mak! Kenapa dengan awak? Doktor Ai... Dia tak bagus! Apakah yang tak bagus? Awak tak dengar apa dia kata tadi? Susah nak buat janji temu dengan Doktor Ai! Mohon bantu saya buat janji temu dengan doktor pelatih itu. Terima kasih. Awak ini. Awak tak mahu doktor bertugas, sebaliknya berkeras ingin memilih doktor pelatih. Saya betul-betul tak tahu apa yang awak fikir. Mak. Saya dah buat janji temu. [Ini rawatan ortodontik atau penyeksaan?] [Cinta dan kedamaian.] Baik. Kita akan menyahjangkit dulu. [Bermula macam ini saja?] [Menyahjangkit tak sakit, bukan?] Tolong buka mulut. Buka besar sikit. Baik. Saya akan mula suntik ubat bius. [Kepala jarum begitu besar?] Mungkin awak akan rasa sedikit sakit. Selepas suntikan ubat bius, awak takkan rasa sakit apabila cabut gigi nanti. [Minta tolong!] Baik. Buka mulut. Ubat bius mungkin
25:34
masih belum berfungsi sepenuhnya. Tolong bertahan. [Masih belum berfungsi?] [Tak boleh tunggu sekejap?] Kita akan mula cabut gigi sekarang. [Guna playar yang begitu besar? ] Baik. Buka mulut. [Jangan mendekati!] Kenapa? Bukankah awak kata tak sakit? Saya telah suntik ubat bius tadi. Sakit! Awak jangan cemas. Awak tunggu sekejap. Saya akan balik dengan segera. Saya dah tak mahu cabut gigi! Saya dah tak mahu cabut gigi! Gigi saya. [Adakah saya tak nangis dengan cukup sedih?] [Dah tukar orang? Saya perlu sakit sekali lagi?] [Siapakah awak? Jangan mendekati!] [Kenapa saya macam pernah nampak orang ini?] [Sakitnya.] Tolong buka mulut dan biar saya lihat. Buka besar sikit. [Betul-betul ialah dia.] [Akhirnya, saya tetap jatuh ke tangan dia.] Rasanya dia ada daya tahan ubat terhadap lidokain. Tolong ambil artikain. Baik, Cikgu Ai. Jangan nangis lagi. Kita akan siap dalam sekejap lagi. Sangat cepat. [Rasanya suaranya] [agak sedap.] Buka mulut. [Kenapa dunia ini begitu kecil?] [Kenapa kita kerap bertemu?] [Zeng Li.] [Kenapa awak akan terikat dengan lelaki ini?] [Malang betul.] Cikgu Ai. Awak akan rasa sedikit sakit. Tolong bertahan. [Gigi saya terasa kebas.] [Dah tiada rasa.] Macam mana? Masih sakit tak? Rasanya sudah okey. Cikgu Ai. Mereka nak masuk untuk belajar. Masuklah. [Kenapa?] [Mengerumuni panda?] Pelan yang diberikan oleh Doktor Wang adalah mencabut keempat-empat gigi geraham kelapan di sebelah kiri dan kanan
29:10
yang berada di bahagian atas dan bawah. [Saya dah lupa perlu cabut empat biji gigi.] Namun, saya rasa cuma perlu cabut satu gigi di bahagian atas dan satu di bawah sebab susunan giginya di bahagian bawah tak terlalu sesak. Jadi, kita takkan cabut dulu. Selepas berbincang dengan Doktor Wang, kita akan membuat keputusan kelak. Biasanya, semasa kita mencabut gigi yang lebih besar dan bersambungan dengan gusi, kita perlu membedah gusi lalu mencabut. Selepas itu, kita perlu menjahit. [Membedah gusi?] Namun, giginya besar, tapi giginya tiada masalah dari segi patologi. Jadi, tak bedah pun tak apa. [Ai Jingchu.] [Awak tidak perlu berhenti semasa cakap.] Kita akan mula. Buka mulut. [Dah nak cabut.] [Adakah dia akan tersilap cabut?] [Gigi inikah?] [Gigi saya!] [Gigi saya dah bergerak!] Sudah. [Sudah?] [Kenapa saya langsung tak rasa apa-apa?] Saya akan serahkan yang lain kepada awak. Terima kasih, Cikgu Ai. Awak dah penat. Cikgu Ai, terima kasih. Terima kasih. Cikgu Ai, terima kasih. Kami mohon diri dulu. [Dia dah pergi?] Doktor. Macam mana keadaan anak saya? Tadi, saya dengar dia jerit dengan sangat kuat. Dia ada masalah toleransi ubat, tapi dia dah okey sekarang. Awak boleh masuk untuk jenguk dia. Gigit putik kapas selama sejam. Selepas kesan ubat bius hilang, jangan makan dulu. Dah siap cabut? Awak kelihatan seperti ikan duri sekarang. Kalau bukan awak yang paksa saya untuk pakai pendakap, adakah saya perlu ditimpa musibah macam ini? Tadi, apabila Doktor Ai mencabut gigi awak, adakah awak langsung tak rasa apa-apa? Nampaknya teknik perubatan Doktor Ai agak baik. Apa gunanya teknik perubatan? Sikapnya tak baik.
31:01
Jangan kata sembarangan. Saya pergi bayar dulu. Saya mengiringi awak. Baik. Doktor Ai. Rasanya ini kali pertama kita bertemu. Kenapa awak kata sikap saya tak baik? Ini kali pertama kita bertemu? Awak telah buatkan saya rugi banyak duit semalam. Saya dah ingat. Awak ialah orang yang melanggar nenek itu, betul? Bukan, awak menghidapi prosopagnosia? Awak menyalahfahamkan saya semalam. Awak juga minta saya... Baring. Baring. Buka mulut. Sakit! Saya belum sentuh awak. Saya dah ingat awak kali ini. [Dah ingat saya? Dia nak mengugut saya?] Apakah yang awak buat? Awak membuat tanda untuk saya? Awak fikir terlalu banyak. Itu ialah pemisah ortodontik yang dapat kekalkan ruangan kosong di antara gigi awak. Dengan itu, awak akan lebih senang semasa memakai pendakap kelak. [Kes pesakit luar, Zeng Li] Terima kasih sebab ambil alih pesakit saya. Zeng Li. Nama ini agak bermakna. Jika begitu, saya akan serahkan pesakit ini kepada awak. Awak pasti akan bertuah tahun ini. Awak sudah seorang doktor pelatih sekarang. Awak tak boleh undur semasa menghadapi masalah. Saya telah membuat kesilapan semasa cabut gigi tadi. Tambahan pula, saya tak mahir dalam melakukan rawatan ortodontik. Tempohnya begitu panjang. Saya pun risau dia tak percaya pada saya. Awak betul-betul kelihatan seperti ikan duri. Awak masih ketawa pula. Saya sangat sakit sekarang. Zeng Li. Zeng Li. Saya beritahu awak satu berita baik. Oleh sebab awak ada masalah toleransi ubat, Doktor Ai memutuskan untuk mengambil alih rawatan awak. Saya ialah jururawat yang akan membantu Doktor Ai. Nama saya Zhou Wen. Jika ada apa-apa kelak, awak boleh hubungi saya pada bila-bila saja. Bolehkah saya menolak? Saya pula rasa dia lebih mempercayai awak daripada mempercayai saya.

DOWNLOAD SUBTITLES: