【FULL】Love is Sweet EP04 | 半是蜜糖半是伤 | Bai Lu 白鹿,Luo Yunxi 罗云熙,Gao Hanyu 高瀚宇 | iQIYI

【FULL】Love is Sweet EP04 | 半是蜜糖半是伤 | Bai Lu 白鹿,Luo Yunxi 罗云熙,Gao Hanyu 高瀚宇 | iQIYI

SUBTITLE'S INFO:

Language: Malay

Type: Human

Number of phrases: 703

Number of words: 3151

Number of symbols: 17087

DOWNLOAD SUBTITLES:

DOWNLOAD AUDIO AND VIDEO:

SUBTITLES:

Subtitles prepared by human
00:05
[Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM] Love is Sweet Episod 4 Saya dah pernah cakap awak sangat lemah, tak sesuai datang ke Syarikat MH. Awak masih tak percaya pada saya. Sepatutnya, awak harus tinggal awal lagi. Yuan Shuai, di mana kamu sekarang? Kami dah keluar. Tak perlu pedulikan kami. Awak boleh balik dulu. Ini sebungkus tuala wanita saja, saya pernah alami pergolakan yang besar dalam masyarakat. Ini perkara remeh sahaja. Helo, selamat datang. Ya, Tuhan! Memang kebetulan ke? Tak sangka pembawa malang itu kejar saya sampai sini. Terdapat pelbagai jenis tuala wanita di pasaran. Betul cakap Cikgu Ma. Kalau nak duduki pasaran, perlu tangkap hati wanita dahulu. Aduh, jangan biar dia mengecam saya. Sut yang dia pakai hari itu nampak mahal. Kalau nak saya bayar dia, ini bagaikan ambil separuh hayat saya. Tak boleh, revolusi belum berjaya. Saya dah fikir nama anak saya dan lelaki idaman saya. Saya tak boleh gagal di sini.
04:31
Teman lelaki orang lain tak pernah mengecewakan orang. Betul, dia sangat mesra. Bayar wang. Helo, selamat datang. Awak. Kenapa dengan saya? Ada apa masalah lagi? Awak ada cawan termos? Ada, sila tunggu sekejap. Encik, ini cawan termos awak. Tolong saya tuang secawan air panas. Baik, sila tunggu sekejap. Saya berasa bangga untuk layani awak. Pegang. Baik. Awak cakap, apakah perasaan awak kalau teh halia gula perang panas ini dipercikkan pada muka awak. Teman wanita saya yang tersayang. Ya, Tuhan! Awak. Adakah awak ialah lelaki yang kacak itu yang kena percikan oleh adik kembar saya semasa di jamuan? Ya, Tuhan! Awak tak tahu. Adik saya sangat menyesal selepas kejadian itu. Dia tak dengar nasihat kami dan berkeras nak pergi ke Biara Biksuni Seongnam untuk menjadi seorang penganut Buddha. Dia juga bercukur kepalanya hingga botak. Bolehkah awak maafkan dia atas keikhlasannya? Sangat mudah. Kalau nak tahu adakah awak kakak kembar dia, panggil polis saja. Saya membayar ganti rugi baju itu, boleh?
07:00
Apakah nombor panggilan polis? 11... Abang. Saya bersalah. Saya yang bersalah. Awak ambil saja apa yang awak nak. Saya akan bayar wang. Dewa Guanyin. Terima kasih. Kita sekeluarga, tak perlu terlalu sopan. Selamat tinggal. Selamat datang. Menakutkan saya. Saya belum dapat tunggu putera saya, tapi dapat tunggu syaitan. Dah bangun? Awak. Awak boleh bangunkan saya. Saya bukan sengaja nak tunggu awak, saya ada perkara yang belum selesai. Jangan awak gila bayang. Barang di sana. Begitu banyak? Beli semasa jualan besar. Apakah ini? Teh halia gula perang. Terima kasih. Awak minum dengan perlahan. Jangan terlecur tangan awak. Macam mana? Suam. Jun, awak dah balik ya. Apa yang awak beli? Ada yang besar dan kecil. Makanan? Kenapa semua ialah tuala wanita? Adakah awak buat penilaian? Bukan saya yang beli. Bukankah ini? Bukankah Yuan Shuai beli ini daripada saya? Dan juga cawan termos. Bukankah ini teh halia gula perang? Dan sut ini kepunyaan Yuan Shuai kan? Ya, Tuhan! Apa yang berlaku pada kamu berdua. Apa? Apa yang berlaku? Tak ada. Tak ada apa-apa berlaku. Betul. Awak tahu tak? Saya rasa saya perlu pergi sembahyang. Setiap kali saya bertemu dengan Yuan Shuai, tiada apa yang baik akan berlaku. Awak percaya tak? Hanya tingkat kami alami gangguan putus bekalan
11:10
elektrik dalam bangunan yang begitu besar itu. Selepas itu, saya dan Yuan Shuai terkunci dalam bilik mesyuarat. Namun, pada masa itu, saya datang haid. Oleh itu, semasa awak seperti si buta kehilangan tongkat, Yuan Shuai bukan saja pinjam baju kepada awak, dan juga beli banyak tuala wanita dan teh halia gula perang kepada awak. Itu. Dia seorang yang masih berakhlak, kali ini bantu saya selesaikan masalah. Ya, Tuhan! Kan ini novel romantis yang standard? Wira dan wirawati terperangkap dalam lif. Wirawati alami klaustrofobia. Cukuplah. Hentikan fikiran awak. Walaupun dia ialah watak lelaki utama yang bongkak, tapi saya bukan watak perempuan yang polos dan bodoh. Membosankan. Kenapa awak datang ke rumah saya? Betul. Saya nak beritahu awak. Rakan sebilik saya cakap dia nak buat persidangan tafakur tiga hari berturut-turut. Oleh itu, saya nak tinggal di rumah awak selama tiga hari. Saya sangat mengalu-alukan awak. Akhirnya, ada Xiao Mihu teman saya. Kenapa saya ialah Xiao Mihu? Baru-baru ini, cuaca sangat kering. Saya sedang guna topeng muka bernama Xiao Mihu. Saya rasa nama ini sesuai dengan awak. Bukankah awak juga agak keliru? Bencinya. Betul. Saya ingat masih ada sekotak topeng muka di sini. Awak ambil dan gunakan. Setiap hari guna sekeping untuk lembapkan kulit awak. Sayang awak. Saya nak tengok. Li, adakah awak masak? Sangat wangi. Saya hampir lupa saya sedang masak sup. Tak akan.
13:27
[Masa depan ekonomi Negara China] Bos, ini susunan untuk layan pelanggan minggu depan. Awak tandatangani dokumen ini jika tiada masalah. Saya baru boleh tempah tiket penerbangan dan hotel. Baik. Bos, izinkan saya jawab telefon? Pergi. Adakah awak periksa dengan teliti senarai peletakan jawatan yang saya minta? Saya dah hubungi mereka dan akan kunjung pada petang ini. Cepat siapkan. Kembali kepada awak. Ini bukan pen saya. Encik Li, saya mewakili Syarikat MH datang untuk mengesahkan beberapa soalan tentang Syarikat Farmasi Kelang. [Li Xiang Bekas Akauntan Syarikat Farmasi Kelang] Syarikat MH. Saya dah letakkan jawatan, awak tidak sepatutnya tanya saya soalan tentang Syarikat Kelang. Saya tahu proses peletakan jawatan awak di Syarikat Kelang tidak menyenangkan. Khabarnya, mereka yang memecat awak. Saya rasa perkara ini telah berlaku, tak perlu sebutkan lagi. Walaupun perkara ini telah berlaku, tapi saya percaya kesan perkara ini terhadap awak belum tamat. Menurut kata orang dari Syarikat Kelang, mereka cakap terdapat kesalahan dalam kerja awak. Adakah ini betul? Saya yang jumpai kesalahan pada kerja mereka, kenapa sekarang jadikan saya? Awak yang jumpa kesalahan orang lain, tapi awak dipecat? Biarkan, buat begitu saja. Saya tak nak timbulkan masalah lagi. Tolong balik. Kalau awak seorang yang takut timbulkan masalah,
15:49
awak tak akan dipecat. Saya dipecat kerana saya ingin pegang pada perkara yang betul. Adakah guna untuk pegang pada perkara yang betul? Adakah pulangan saya adil? Encik Li, ada sebilangan pengorbanan berbaloi untuk dibuat. Berbaloi? Baik, awak tengok saya sekarang. Sekarang, saya tak buat apa-apa pun di sebuah syarikat perakaunan setiap hari. Penyata cukai beberapa syarikat yang saya uruskan ialah sifar setiap bulan. Hidupan saya sekarang tiada masa depan, tiada harapan, dan tiada masa datang. Saya hidup hanya untuk makan. Awak beritahu saya, adakah pengorbanan saya berbaloi? Minta maaf, Encik Li. Saya betul-betul... Berhenti cakap. - Pergi! - Bukan. Saya betul-betul tak nak dengar lagi. Awak dengar saya cakap. Saya tak nak dengar! Bolehkah awak balik? Saya cakap ayat yang terakhir. Cakap. Kalau hari ini awak ambil keputusan untuk jadi seorang pendiam, lebih banyak orang akan jadi mangsa seterusnya kerana kesunyian awak. Saya datang hari ini kerana saya percaya perkara ini mungkin ada masalah. Ini ialah peluang terbaik untuk awak buktikan awak sendiri. Ini juga ialah peluang terakhir. Adakah awak habis cakap? Dia datang lebih awal daripada saya. Lelaki yang tepatkan masa mestilah seorang yang bertanggungjawab. Profil dia sangat sempurna dan dia seorang yang sangat berdedikasi.
17:38
Dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa awasi orang lain. Saya mesti nak dapatkan WeChat atau nombor telefon dia hari ini. Dia akan rasa terganggu kalau saya beri dia barang. Bagaimana dengan awak? Saya tak apa-apa. Tapi telefon bimbit awak. Biarkan saya memperbaikinya untuk awak. Nampaknya agak susah untuk percikan telefonnya dengan tepat. Kos sangat tinggi kalau terpercik pada komputer ribanya. Bos, Red Bull dah habis. Sila tunggu sekejap, saya ambil untuk awak. Helo, Red Bull yang awak nak. Di manakah orang itu? Sila tunggu sekejap. Helo, beri saya. Bayar dengan telefon? Baik. Terima kasih. Saya boleh minta dia tukar duit syiling dengan saya. Kalau dia tak ada banyak duit syiling, saya ada sebab yang baik untuk tambah WeChat dia. Di manakah wang itu? Kenapa wang saya hilang? Di manakah orang itu? Maaf, adakah awak nampak orang yang curi wang saya? Tak ada. Tapi, dari pagi hingga sekarang, awak tinggalkan kaunter tiga kali secara keseluruhan. Awak berkeliaran di sekitar saya selama dua kali untuk menarik perhatian saya. Kali terakhir adalah semasa awak ambil Red Bull. Sekiranya tiada masalah berlaku semasa dua kali pertama, pencuri itu mungkin curi semasa awak ambil Red Bull. Macam itu masih belum lambat. Panggil polis dulu. Awak nak panggil polis? Mesti perlu bukti kalau nak panggil polis.
20:30
Kedai awak ada empat kamera. Awak tahu bagaimana laraskan pemantauan? Saya tahu. Ada satu pemantauan dapat gambarkan kaunter. Tapi syarikat harta tanah belum baikinya. Saya pergi tengok. Pemantauan. Semasa awak pergi ambil Red Bull, tidak melebihi tiga minit kan? Kriteria yang sejajar dengan apa yang kita cakap hanya seorang, iaitu dia. Betul. Dialah. Dialah yang alihkan perhatian saya. Saya panggil polis sekarang. Kalau awak nak dapatkan wang itu, ikut saya. [Fan Qichang Pengarah Eksekutif Jabatan Perbankan Pelaburan Syarikat MH] Maksud awak ialah Zhou dari Syarikat Kelang mahu kami tolong untuk gantikan pengerusi sekarang, Deng Ke. Tiga tahun lepas, Deng Ke peroleh aset syarikat dengan cara haram. Kesilapan macam ini akan jadi bom tak lama lagi. Orang yang licik ini ialah pemegang saham kedua terbesar di Syarikat Kelang. Dia sedang paksa kami berpihak kepadanya. Kami juga ada saham Syarikat Kelang. Kalau kesalahan Deng Ke terbongkar, ia juga kerugian kami. Ada bukti tentang perkara Deng Ke? Ada saksi. Bukti masih disahkan. Perniagaan adalah sengit seperti perang, perang adalah mendalam seperti padang catur.
22:23
Mestilah memimpin semasa main catur. Awak mesti tahu bagaimana lakukan perkara Syarikat Kelang. Maksud awak adalah ingin paksa Deng Ke letakkan jawatannya di lembaga pengarah gabungan yang akan diadakan esok. Ini satu peluang yang baik. Tapi adakah masa itu terlalu ketat? Peluang pejuang muncul, bersedia untuk serang. Awak tentukan apa yang perlu buat. Saya tahu apa yang perlu dibuat. Bagaimanakah lawatan petang tadi? Saya akan berkomunikasi dengannya lagi nanti. Rintangannya pada petang tadi agak besar. Nampaknya hasil strategi psikologi awak bukan apa-apa. Esok dah nak pergi mesyuarat di Syarikat Kelang. Pada masa ini, masih ada masalah dengan saksi. Oleh itu, tahniah, dua peluang yang tinggal sebelum ini, sekarang hanya tinggal satu sahaja. [Li Xiang: Dah lama saya fikir, betul cakap awak, saya akan hadiri mesyuarat esok] Tunggu sekejap. Tuan Yuan, Li Xiang akan hadiri mesyuarat tepat masa esok. Laporan kerja selesai. Awak jalan perlahan. Dialah. Kembalikan wang kepada saya. Awak sakit mental? Siapa ambil wang awak. Awak masih berpura-pura. Saya beri awak tiga saat. Kalau awak tak kembalikan wang kepada saya, saya panggil polis sekarang. Saya beritahu awak, kalau awak cakap begitu lagi. Kamera di kedai bersambung dengan biro keselamatan masyarakat. Kami telah panggil polis semasa kami keluar tadi. Sekarang ada sistem pengecaman wajah. Hanya perlu 15 saat untuk kenalpasti identiti awak.
24:52
Dan juga pakaian yang awak pakai semasa curi wang tadi, dipakai dalam pakaian ini kan? Jadi jika awak berkeras untuk berlari, cepat lari sekarang. Tapi bagaimana awak tahu dia ialah pembersih di sini? Saya pernah nampak dia beberapa kali. Dia akan datang sebelum kedai kamu tutup setiap Selasa untuk beli susyi dan roti yang diskaun. Syarikat harta tanah di sini kawal dengan ketat. Kalau bukan pemilik, pelawat yang tak berdaftar tak dapat masuk dengan santai. Oleh itu, saya teka dia mesti ialah kakitangan komuniti ini. Itu... Awak ialah pemilik di sini? Buat kad lawatan ini lebih mudah daripada beli sebuah rumah di sini. Ya, Tuhan! Kacak, IQ tinggi dan seorang yang peramah ialah seorang teman lelaki yang sempurna. Saya mewakili Syarikat MH untuk tambah satu topik. Untuk memastikan gabungan berjalan dengan lancar, saya cadangkan untuk lucutkan jawatan Pengerusi Deng Ke. Penggabungan berjalan hingga tahap ini, awak nak lucutkan jawatan saya? Jenaka ini agak besar. Pengerusi Deng, awak sediakan akaun menakjubkan tiga tahun lepas untuk pindah aset syarikat secara peribadi. Untuk elakkan risiko yang tak dapat diramalkan pada masa depan, awak harus letakkan jawatan. Awak ni mengada-ada. Bagaimana ini boleh berlaku?
26:37
Jangan awak cakap yang tak masuk akal tanpa bukti. Kami ada saksi. Saksi? Di mana? Dia? Apa kelayakan dia untuk jadi saksi? Awak mesti tak mahu saya jadi saksi kerana saya tahu banyak hal awak. Saya kenalkan diri dulu. Saya ialah Li Xiang. Saya pernah jadi seorang kakitangan di jabatan kewangan Syarikat Farmasi Kelang. Kemudian, saya dipecat oleh syarikat kerana saya dapat cari kesalahan Deng Ke dalam kerjanya. Kesalahan? Kesalahan saya? Betul. Syarikat kami mempunyai orang yang ada kesalahan. Tapi siapa dia? Saya boleh beritahu semua, orang yang ada kesalahan pada kerja termasuk dia dan kekasihnya. Kenapa awak nak sebutkan kekasih saya? Saya datang hari ini adalah untuk cakap hal awak. Baik. Mari kita cakap mengenainya. Dia dan kekasihnya pernah bekerja di jabatan kewangan syarikat kami sebelum ini. Tapi sepanjang tempoh tersebut, mereka berdua sengaja sembunyikan hubungan suami isteri mereka. Mereka tipu bersama dan hapuskan bil resit. Inilah alasan saya untuk memecat mereka. Hari ini awak datang ke sini adalah untuk balas dendam pada saya. Kamu boleh tanya dia. Kekasihnya masih dalam penjara. Adakah saya cakap salah? Orang yang bersalah ialah dia
28:11
bukan saya. Perkara ini tiada kaitan dengan saya. Betul? Saya tak percaya dua orang tidur bersama, awak tak tahu apa-apa pun. Atau. Dia bantu awak tanggung kesalahan awak dan dipenjarakan kerana awak. Awak ada seorang isteri yang baik. Saya beritahu awak sekali lagi. Orang yang bersalah ialah dia, tiada kaitan dengan saya. Jadi, untuk leraikan hubungan dengannya, akhirnya awak pilih untuk cerai dengannya. Orang ini ialah penyangak. Kalau kamu percaya kata orang begitu, saya betul-betul meragui keupayaan bekerja Syarikat MH. Perkara yang berlaku hari ini, saya akan beritahu Tuan Fan dengan teliti dan lengkap. Saya juga berharap kamu boleh beri saya penjelasan yang munasabah. Permainan dah mula, bagaimana pemain boleh keluar separuh jalan. Betul tak? Bagaimana dengan Jiang Jun? Dah masuk selama setengah jam tapi belum keluar. Saya rasa dia akan dipecat kali ini. Belum sampai seminggu dia masuk kerja. Ini juga dianggap sebagai rekod yang belum pernah terjadi sebelumnya di Syarikat MH. Ini dianggarkan tiada orang boleh lakukan lagi. Saya rasa ini akan jadi rekod yang sukar dipecahkan. Pengerusi Syarikat Farmasi Kelang habis-habisan. Dia berpendapat harus ada orang di Syarikat MH bertanggungjawab atas karenah hari ini. Kami telah dapat bukti dia pindah aset syarikat secara peribadi. Tapi masih disahkan.
29:55
Ini bukti yang awak sahkan? Gagal memaksa Deng Ke letakkan jawatan. Sekarang, pihak dia minta kami beri mereka alasan yang munasabah. Cuba awak cakap. Macam mana sekarang? Saya akan bertanggungjawab atas perkara ini. Awak akan bertanggungjawab? Bagaimana awak nak bertanggungjawab? Beri saya sedikit masa lagi. Saya mesti dapat sahkan bukti Deng Ke pindah aset syarikat. Saya beri awak masa. Siapa yang beri saya masa? Cara terbaik untuk bertanggungjawab adalah hantar surat peletakan jawatan kepada saya. Kita guru dan murid selama bertahun-tahun ini. Awak tak pernah kecewakan saya. Hari ini ialah kali pertama. Perang masih belum tamat. Masih terlalu awal untuk cakap siapa yang menang dan siapa yang kalah. Saya dengar bahawa perkara hari dihasut oleh seorang orang baru bernama Jiang Jun. Dia macam dijamin oleh Lin Taimo untuk masuk ke syarikat kami. Saya sangat jelas dengan peribadinya. Dia mesti bukan orang Lin Taimo. Lin Taimo pandai “menggolek bola salji”. Dia boleh jadikan seorang yang biasa kepada seorang yang pandai. Dia juga boleh gunakan peluang yang kecil untuk jadikannya satu pencapaian yang berguna. Saya dah dapat terlalu banyak pelajaran seperti itu. Saya beri awak lima hari untuk cari kesalahan Deng Ke. Awak mesti tiada masalah kan?
31:38
Dua hari. Saya akan beri Tuan Fan jawapan yang memuaskan dalam masa dua hari. Oleh itu, dasar temu duga hari ini adalah tinggalkan orang yang kuat dan pulangkan orang yang lemah. Saya dengar bahawa Yuan Shuai telah menderita kerugian besar dalam kes Deng Ke. Walaupun Deng Ke pandai mengira tapi takkan jadikan kerugian besar terhadap Yuan Shuai. Nampaknya ada kaitan dengan orang baru di bawah pimpinan Yuan Shuai. Saksi yang dicari oleh pekerja magang itu bukan saja tak akui kesalahannya tapi juga fitnah mereka pada saat genting. Pekerja magang? Pekerja magang tak mungkin akan temu dengan kes begitu. Saya pun berasa terkejut. Semasa saya masih di Syarikat MH, peraturan ini disediakan oleh saya, Lin Taimo dan Fan Qichang untuk berlatih orang baru. Saya tak sangka mereka masih guna peraturan yang berisiko tinggi ini setelah sekian lama. Nampaknya pekerja magang ini ada hubungan rapat dengan Yuan Shuai. Jika tidak, bagaimana dapat mempengaruhi penilaiannya. Agaknya, dia gadis yang bernama Jiang Jun. Oh ya. Saya baru ingat, saya terlupa satu fail di syarikat. Saya tak dapat hantar awak balik rumah. Baik. Tapi, jangan lupa pulang lebih awal. Awak mesti tahu perkadaran wanita dalam industri perbankan pelaburan tak melebihi 20 peratus. Pekerjaan ini memerlukan keupayaan, daya tahan dan ketahanan terhadap tekanan.
34:26
Ramai lelaki pun tak dapat mencapainya. Lagipun, awak ialah orang yang tak dapat titis air mata. Awak cakap saya tak sesuai. Saya akan jadi orang yang 20 peratus itu. Ada wang di langit? Naik kereta. Tak dengar nasihat bos ialah kesalahan kerja. Awak boleh pergi selepas tiga kali. Saya pernah lawat seorang ahli psikologi yang bernama Koji Sanaka semasa kunjungi ke Jepun. Saya tanya dia. Semasa seseorang nak nangis, adakah cara untuk hentikan air mata dengan cepat. Tuan Koji Sanaka beritahu saya. Kalau awak rasa awak nak nangis, bayangkan awak sebagai keldai. Air mata dapat dihentikan dengan cepat. Kenapa? Keldai ialah binatang yang paling tak suka nangis kerana mukanya terlalu panjang. Tak lucu sama sekali. Beritahu saya kalau awak nak nangis. Saya panggil ambulans terlebih dulu. Akhirnya, dapat memenuhi hasrat awak. Saya, orang yang satu-satunya tahu asal usul awak mungkin perlu tinggalkan Syarikat MH. Baru sekarang awak faham. Perbankan pelabuhan seperti medan perang. Semut kecil yang dijadikan kambing hitam ialah peraturan tersembunyi dalam bidang perbankan pelabuhan. Saya tak sangka ini akan berlaku begitu cepat. Awak tak layak jadi semut kecil. Semut kecil tak akan putus asa. Dia akan teruskan jalannya. Roda kereta yang tiada emosi tak akan faham kesedihan semut kecil. Jiang Jun, saya mahu awak tinggalkan Syarikat MH.
36:54
Tapi bukan tinggal kerana ingin bantu saya tanggung kesalahan. Awak ingat, tiada sesiapa pun perlu tanggung kesalahan orang lain di bawah kawalan saya. Awak ada petunjuk baru? Berundur sementara bukan satu kegagalan. Cik Semut. Tolong terus mara ke hadapan. Perang belum tamat. Jangan risau. Saya tak akan putus asa hingga saat terakhir. Saya tanya awak. Kenapa awak mesti nak tinggal di Syarikat MH? Yuan Shuai, adakah awak rasa awak kenali saya dengan baik? Saya mesti kenali awak dengan baik. Tapi itulah yang berlaku sebelum ini. Lagipun, awak tak hadir dalam satu tempoh masa pada masa muda saya. Oleh itu, awak tak tahu sesiapa yang pernah saya temui dan apa yang berlaku terhadap saya. Awak lagi tak tahu kenapa saya mesti nak masuk ke Syarikat MH. Awak juga tak tahu orang yang macam mana saya dah jadi. Seperti sekarang, awak fikir saya akan nangis kerana hadapi rawatan yang tak adil. Tapi saya tak akan. Saya akan rasa kecewa dan rasa marah, tapi saya tak akan berundur. Awak masih kekal pada masa dulu. Mungkin awak perlu cuba mengenali saya sekali lagi. Jun. Jun. Jun. Jangan nangis. Kita jangan nangis. Ayah awak mahu awak jadi kuat dalam sepanjang hayatnya. Ayah. Ayah. Ayah. Kenapa ayah baring di sini? Ayah,
40:38
adakah awak nampak? Saya dah masuk ke Syarikat MH. Saya dah jadi seorang jurubank pelaburan. Ayah jangan risau. Saya dah jadi kuat sekarang. Tak kira betapa kejamnya industri ini, saya akan terus buat yang terbaik. Saya sayang akan ayah.

DOWNLOAD SUBTITLES: